𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲
IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PINTU perpustakaan itu ditolak masuk ke dalam. Tangannya penuh dengan buku-buku yang ingin dijadikan sebagai rujukan. Meja kosong yang terletak berhampiran satu sudut menjadi pilihan.
Begnya diletakkan di atas kerusi lalu laptop dikeluarkan, bersiap sedia untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya pada dua hari yang lalu.
Lizzy yang perasan akan kehadiran Ivy terus tersenyum sinis. Bahu Cassandra dicuit sedikit. Gadis itu terus menoleh. Kening dingkat. Hairan. Bukannya dia tidak memberi amaran supaya gadis itu tidak mengacaunya.
"Why?" tanya Cassandra perlahan. Lizzy terus menjauhkan bibir ke arah Ivy.
"look at her. Don't you want to take a revenge on her?"
Kening Cassandra terus bertaut. Dia menoleh ke sisi, cuba untuk mencari maksud yang ingin disampaikan oleh Lizzy. Nampak sahaja gadis bertudung yang membelakanginya itu, dia terus tersenyum senget.
"Wow! Your eyes are so sharp! Wait here. I'll do it by myself," ujar Cassandra lalu bangun dari duduk. Lizzy sekadar mengangkat bahu.
"Okay! Its up to you. I'll watch from here. Good luck."
Cassandra terus melangkah ke arah Ivy. Kerusi bersebelahan dengan gadis itu ditarik lalu dia melabuhkan duduk. Kaki disilangkan lalu senyuman manis terukir di bibir. Namun Ivy sedikitpun tidak menoleh. Matanya tetap setia melihat skrin laptop. Tugasannya lebih penting daripada makhluk ganjil yang berada di sebelahnya.
"Wow! Sombong betul you ni," ujar Cassandra yang masih cuba untuk menarik perhatian Ivy.
Ivy terus memakai fon telinga. Dia malas mahu mendengar suara sumbang Cassandra. Gadis yang berpakaian seksi itu terus mencebik. Fon telinganya dirampas.
"You dah berani lawan I sekarang? Kenapa? Sebab kawan tomboy you tu sentiasa ada dengan you? Oh, tak dilupakan juga lelaki yang kacak tu."
Sekali lagi dia hanya membisukan diri, menambahkan lagi rasa geram dalam hati Cassandra.
"Apa nama lelaki tu? Tak nak perkenalkan dekat I ke? Dia boleh tahan kacak. Sado. Nampak macam ala-ala badboy gitu. I like! Mesti dia bagus di atas katil kan?"
Rahangnya diketap. Marah kerana gadis itu semakin melampau dan selamba saja menggunakan perkataan tidak senonoh. Kemanakah perginya akhlak dan sifat malu dalam diri gadis itu?
Fikirannya terus teringatkan perjuangan yang telah Rasulullah lakukan demi mengangkat martabat wanita. Bukannya mudah untuk baginda melaluinya seorang diri. Dihina, diseksa, dibaling batu dan najis malah pernah dihalau oleh penduduk Kota Taif ketika ingin menyebarkan risalah Allah.
Kepulangan baginda ke rumah sentiasa dipenuhi darah dan kotoran. Saidatina Khadijah yang sentiasa merawat Rasulullah turut menangis melihat keadaan suaminya. Jika dahulu Saidatina Khadijah seorang yang kaya, kini dia seorang yang sangat miskin akibat tindakan penduduk Mekah yang memboikot perniagaannya.