KEADAAN di dewan kuliah terasa sedikit janggal dan kekok. Ivy membaca buku yang berada di hadapan, cuba menghilangkan rasa gugup dan resah. Setiap butir perkataan yang diucapkan oleh pensyarahnya langsung tidak dapat diambil perhatian.
Meliar pandangannya memerhati sekeliling lalu semua orang di situ kembali menumpukan perhatian terhadap Miss Feira. Keluhan dilepaskan. Sampai bila dia mahu jadi begini?
"Relaks, Ivy. Jangan risau sangatlah. Kau je yang overthinking," bisik Ivy kepada dirinya sendiri
Kini, dia kembali fokus. Setiap butir perkataan yang terpapar di layar skrin terus ditulis di dalam buku notanya. Baru sahaja dia ingin mengangkat muka, sebiji telur mentah dibaling ke mejanya lalu pecah. Dia terkedu.
Kedengaran gelak tawa beberapa orang pelajar perempuan. Dia tidak berani untuk mengangkat muka, hanya mampu menundukkan kepala dan menatap cecair telur yang melekat pada baju dan tudungnya.
Sedih dan esak tangis cuba ditahan. Baginya, ini permulaan yang terlalu awal untuk dia bersedih. Lagipun, dia bukannya seorang gadis yang lemah dan berhati tisu. Walaupun mukanya kelihatan naif, ternyata mereka salah membuat tafsiran. Hubungan persahabatannya dengan Fasha, Tengku Dayang dan Fazrina banyak mengajarnya pelbagai perkara dan mereka berjaya menempuh dugaan itu bersama-sama.
"Fuh! Relaks Ivy. Mereka tak tahu siapa kau lagi. Bila dah sampai masanya nanti, baru kau tunjuk taring kau." Dia berkata perlahan. Nada suaranya sedikit menggeletar.
"Hey girl, are you okay? Do you want me to punish them?" Sapa Miss Feira tiba-tiba. Nasib baiklah pensyarahnya ini baik.
"No need, Miss Feira. I'm okay. This is just small matter. Hmm, may I go to the toilet?"
"Sure."
Dia terus bangun dan berlalu pergi. Suara perlian Cassandra dihiraukan. Kaki terus dibawa ke tandas yang terletak hanya berdekatan dengan dewan kuliah.
"Tak guna punya, Cassandra! Jangan ingat aku tak tahu yang ini kau punya kerja!" bebel Ivy dengan nada yang geram. Tudung dan bajunya yang kotor terus dibilas dengan air.
"Sudahlah tudung dan baju ni mahal!"
Sekiranya Fasha, Dayang dan Fazrina ada bersamanya sekarang, sudah lama riwayat Cassandra itu akan ditamatkan! Jangan main-main dengan ketua mereka, Fasha. Boleh tahan sinisnya.
"Tudung dan baju besar macam ni bukan selalu murah-murah ke? Tiada jenama. Lagipun kau datang ke sini mesti disebabkan biasiswa kan?" ujar satu suara tiba-tiba.
Ivy terus memandang ke sisi. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat seorang lelaki bertopi yang tidak dikenali berada di dalam tandas perempuan. Dia terus melangkah setapak ke belakang. Berharap semoga dia tidak diapa-apakan.
"Alahai, engkau ni janganlah terkejut. Aku ni perempuanlah. Pemakaian aku je macam lelaki. Kalau kau tak percaya, suara aku ni mana ada garau," ujar gadis itu lagi.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Action𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...