"Sometimes you need the rain, to know you miss the sun. Sometimes you need the pain, to know it isn't love."
RAZUDDIN ditempatkan di dalam sel penjara secara berasingan dalam keadaan tangan yang digari. Di kakinya telah dipasang alat penjejak berteknologi tinggi yang sukar dileraikan bagi memudahkan lokasi lelaki itu dikesan andai dia melarikan diri. Dia hanya duduk sambil menyandarkan badannya ke dinding tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.
Matanya tajam memerhatikan empat orang pegawai polis yang berdiri tegak di luar sel umpama anjing yang amat patuh dengan tuannya. Razuddin terus tergelak besar umpama orang yang sudah kehilangan akal. Empat orang pegawai polis itu terus berkerut hairan lalu memandang antara satu sama lain tetapi tidak pula mereka berusaha mengutarakan persoalan.
Mereka berpengalaman berhadapan dengan banduan yang mengalami masalah jiwa namun, Razuddin adalah seorang ejen yang berpangkat tinggi. Tindak-tanduknya sentiasa terkawal dan amat mustahil untuk mereka yang bergelar ejen di bawah organisasi rahsia negara mengalami masalah mental melainkan dia seorang psikopat yang pandai menyembunyikan identiti sebenarnya.
"Aku tak fahamlah. Kau orang semua ni macam anjing yang sangat patuh dengan tuannya. Kalau suruh cari tulang, cari tulang. Kalau suruh jelir lidah, kau orang jelir. Cuba kau orang buat, aku nak tengok boleh?" ujar Razuddin dengan tawa yang masih bersisa.
Pegawai-pegawai polis itu tetap berdiri di tempat mereka. Langsung tidak bereaksi walaupun hati sudah panas membara mendengar hinaan lelaki itu. Itulah caranya berhadapan dengan manusia psiko seperti Razuddin. Tetap perlu tenang tanpa membalas apa-apa perkataan kerana amarah hanya menyebabkan lelaki itu semakin gembira dan teruja untuk menyerang balas.
Razuddin mengetap gigi apabila kata-katanya tadi langsung tidak memberi apa-apa kesan. Tangannya dikepal geram apabila kehendaknya tidak dapat dipenuhi. Dia amat bencikan kekalahan. Maruahnya berasa tercalar.
"Huh! Berlagak! Ingat ya, tanpa bantuan aku... kau orang tak kan dapat cari lokasi sebenar semua yang menjadi mangsa! Aku saja yang tahu semua maklumat! Tapi ingat aku akan beri kerjasama ke? Aku lebih rela mati! Sampai bila-bila pun kau orang tak kan menang!"
Nada suara Razuddin naik seoktaf. Bibirnya terus tersenyum sinis apabila melihat perubahan reaksi wajah empat orang pegawai polis itu. Masing-masing berusaha menahan geram dan bersabar. Mereka telah diberi arahan hanya untuk memantau Razuddin, bukannya menyeksa.
'Tak perlu."
Suara seorang wanita tiba-tiba saja menyapa. Empat pegawai polis itu terus menunduk hormat terhadap Jane yang melangkah tenang lalu berdiri di hadapan jeriji besi itu. Razuddin tersenyum senget.
"Yakinnya kau orang boleh kalahkan kami..." balas Razuddin dengan riak wajah yang berlagak. Bangga kerana dia mampu berselindung disebalik topeng ejen rahsia bertahun-tahun lamanya tanpa ada sesiapa yang tahu. Itu bermakna agensi kerajaan lemah!
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Azione𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...