BAB 39 | TAWARAN

412 48 13
                                    

BIARPUN langkah lariannya tidak sempurna, Amira tetap berusaha melawan segala rasa sakit yang mencengkam sehingga ke urat kepala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BIARPUN langkah lariannya tidak sempurna, Amira tetap berusaha melawan segala rasa sakit yang mencengkam sehingga ke urat kepala. Terasa seperti mahu putus kakinya. Sungguh berbisa lagi memedihkan. Apatah lagi ketika ini perutnya kosong.

Nafas Amira semakin tercungap-cungap menanggung keletihan. Sejak awal pagi tadi dia asyik berlari tanpa henti dan arah tuju, langsung tidak ada kesempatan untuk dia berehat. Kepalanya semakin pening. Pandangan matanya juga berbalam-balam akibat tekanan darah yang semakin berkurangan. Mahu atau tidak, dia perlu berehat buat seketika.

Lokasinya sekarang sudah semakin jauh dari terletaknya menara Eiffel, Paris. Dia kini berada di sebuah kawasan perumahan berdekatan hutan. Sepi saja seperti tidak ada penghuni. Mungkin mereka lebih memilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam rumah saja memandangkan cuaca di luar sini sejuk.

Amira menoleh ke belakang. Jalan itu kelihatan kosong. Dia tidak nampak sesiapa pun yang mengejarnya ketika ini. Mungkin mereka semua telah kehilangan jejaknya tadi. Amira segera berhenti berlari dan menuju ke arah sebatang pokok yang tumbuh meninggi. Di situ, dia melabuhkan duduk dan menyandarkan badan.

Pernafasannya yang tidak stabil diaturkan semula. Tercungap-cungap dia dibuatnya. Dia semakin lemah tidak berdaya. Meskipun keadaannya kini seperti sudah selamat, dia tidak boleh mengambil mudah. Alex pasti akan melakukan pelbagai cara untuk menjejakinya. Melarikan diri daripada sangkar kurungan pastinya sangat berbahaya. Risiko yang diambilnya terlalu tinggi.

Peluang untuk dia melepaskan diri daripada cengkaman Alex sangat tipis. Selagi Alex tidak memberi kata putus untuk membebaskan dirinya, selagi itulah kaki dan tangannya akan dirantai dan diperlakukan seperti hamba. Jiwanya sengsara. Tubuhnya penuh dengan luka.

Setiap hari, tangisanlah yang menjadi peneman. Dia sepi tanpa ada sesiapa pun di sisi. Hatta mahu meluahkan segala perasaan sakit pun dia tidak mampu untuk melakukannya. Pada akhirnya, dia yang memujuk hati sendiri. Sedangkan tanpa pengetahuannya, pujukan itu datang daripada belaian Tuhan.

"Aku tak boleh berlama-lama di sini..." bisik Amira kepada dirinya sendiri.

Perlahan-lahan dia bangun walaupun dalam keadaan terhuyung-hayang. Kepalanya terasa ringan umpama guguran daun yang berterbangan daripada pohon pokok. Hampir-hampir saja dia mahu tersungkur jatuh.

"Dah habis berehat?" suara seorang perempuan yang amat dikenalinya itu menyapa pendengaran.

Pergerakan Amira terus berubah kaku. Jantungnya kambali berdegup kencang apabila menerima kejutan yang tidak disangka-sangka. Perlahan-lahan kepalanya ditoleh ke arah kanan. Luna yang hanya berpeluk tubuh itu mengukirkan senyuman sinis. Di belakang gadis itu terdapat dua orang lelaki yang pastinya orang suruhan Alex.

"Lu... Luna?" Spontan nama itu terlafaz dari bibir Amira. Kakinya terundur-undur ke belakang.

"Cukup baik aku beri kau masa berehat tadi. Kalau tak, dah lama aku tangkap kau," balas Luna sambil melihat kuku pada jari tangannya. Amira segera menggelengkan kepala seraya duduk melutut di atas tanah. Air matanya deras mengalir ke pipi.

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now