PAPAN tanda yang dihias dengan lampu-lampu neon itu diperhati lama oleh Amira. Tertulis di situ perkataan Rax Club. Air liur ditelan payah lalu Luna yang baru saja mahu keluar daripada kereta itu terus dipandang. Dia pantas menuju ke arah gadis itu.
"Luna! Kita buat apa dekat sini?" Lengan Luna dipegang lalu dia terus bertanya dengan nada yang risau. Gadis itu sedikit tersentak dengan tindakannya yang secara tiba-tiba itu.
"Melepaklah. Buat apa lagi," jawab Luna selamba.
"Tapi boleh je kan kita pergi ke rumah besar tu. Kenapa nak melepak di sini pula?" tanya Amira yang masih ragu-ragu.
"Kalau you nak bekerja, kenalah kerja di sini. Dah, jangan banyak cakap! Ikut je I okey?" kata Luna sebelum dia melangkah ke arah pintu utama kelab malam itu. Amira segera mengikut dari belakang.
"Kita nak bekerja sebagai apa ni? Jual tubuh ke?" tanya Amira lagi yang masih keliru dan tidak faham. Langkah Luna terus terhenti. Nafas dihela perlahan lalu dia berpaling memandang gadis itu dengan senyuman nipis.
"Andrea, nampaknya you dah salah faham. You mesti ingat kelab malam ni selalunya tempat you jual tubuh kan? Ternyata you silap. Kelab malam yang you sangka selama ni bukannya macam tu." Dahi Amira terus berkerut hairan, cuba menghadam kata-kata Luna itu.
"Habis tu? Ni tempat apa?" Luna mengukirkan senyuman lalu jari-jemarinya naik menyentuh pipi Amira yang putih mulus. Gadis itu hanya mendiamkan diri.
"Bila you dah masuk nanti, baru you akan tahu," balas Luna yang masih sengaja mahu berahsia, ingin menarik sifat rasa ingin tahu dalam diri mangsa-mangsanya dengan taktik yang halus. Hebat bukan? Semestinya mereka tertipu.
Tanpa memikirkan perasaan Amira yang masih berkecamuk dan kusut, dia terus menuju ke arah pintu utama yang dijaga oleh dua orang pengawal yang memakai sut hitam dan bertubuh sasa. Amira tergesa-gesa menghampiri Luna yang masih berdiri di situ.
"Siapa dia ni?" tanya salah seorang pengawal yang mempunyai parut di mata.
Amira terus menundukkan wajah, gerun apabila dirinya direnung lama oleh pemilik sepasang mata yang tajam itu. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Luna dengan menghantar isyarat mata secara sembunyi kepada pengawal lelaki itu.
"Okey," jawab lelaki itu ringkas bersama senyuman sinis di hujung bibir, faham dengan isyarat rahsia Luna yang turut mengukirkan senyuman ketika ini.
"Thanks."
Luna terus mencapai pergelangan tangan Amira lalu ditarik gadis itu masuk ke dalam sambil matanya meliar mencari seseorang. Disebabkan dia tidak dapat menangkap kelibat orang yang dicari-cari, dia terus mendekati seorang pelayan lelaki yang sedang sibuk bekerja di sebuah meja bar yang besar.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Action𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...