𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲
IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DANIAL menolak pintu kaca lalu dia terus melangkah masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat rahsia yang direka dengan ciri-ciri khas seperti kalis bunyi dan dilengkapi dengan pelbagai alatan komunikasi yang canggih. Encik Khalil dan dua orang lelaki yang ada bersamanya terus berdiri bagi menyambut kedatangan Danial.
"Danial, duduk dulu..."
Encik Khalil yang berpangkat Inspektor Jeneral itu terus mempelawa Danial duduk terlebih dahulu sebelum mereka membuka topik yang ingin dibincangkan. Tangan ditujukan ke arah sebuah kerusi yang masih kosong.
"Terima kasih," ujarnya ringkas lalu dia terus melabuhkan duduk.
"Tak apa. Kesudian kamu untuk menyertai kami sudah cukup membuatkan saya gembira." Encik Khalil membalas. Danial sekadar mengukirkan senyuman nipis.
"Assalamualaikum," ujar satu suara dari arah pintu.
Mereka berempat terus menoleh lalu bangun berdiri dan menunduk hormat. Danial mengerutkan dahi. Wajah lelaki itu seperti pernah dilihat, namun persoalannya, siapa dan di mana?
"Tak apa. Kami semua pun baru sampai. Terima kasih sebab sudi datang, Dato'," ujar Encik Khalil ramah. Mereka semua saling bersalaman lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi.
"Baiklah. Memandangkan semuanya sudah ada, saya nak perkenalkan kepada kamu, Danial siapa sebenarnya mereka semua ni," ujar Encik Khalil kepada jejaka itu. Danial sekadar menganggukkan kepala.
"Di sebelah kanan saya ialah CP Dato' Zainal selaku ketua Cawangan Khas di negeri Selangor. Saya rasa kamu pasti kenal dia kan?"
"Ya. Saya tahu. Dato' Zainal ialah kawan baik ayah saya." Danial menjawab dengan tenang. Masakan dia tidak kenal sedangkan lelaki itu pernah juga sesekali datang ke rumah, melawat ayahnya.
Tambahan pula, ayahnya pernah memegang jawatan ketua perisikan PDRM itu selama 10 tahun. Namun, disebabkan peristiwa tujuh tahun lampau, ayahnya terus meletakkan jawatan dan kini, Dato' Zainal pula yang menggalas tanggungjawab tersebut.
Dato' Zainal mengukirkan senyuman. Hatinya tertarik dengan sikap Danial yang tidak ubah seperti kawannya, Encik Afnan. Tenang dan berkeyakinan tinggi.
"Secara jujurnya ayah kamu sangat bagus dalam menyelesaikan tugas-tugas perisikan ni. Tapi disebabkan kematian arwah mak dan kakak kamu, dia terus salahkan diri sendiri. Baginya, dialah punca kematian mereka berdua. Saya cuba nasihat dia supaya jangan tinggalkan jawatan yang dia pegang, tapi..."
Ayat dijeda lalu mulutnya terus melontarkan keluhan yang berat. Danial sekadar mendiamkan diri dan mendengar.
"Dia tetap berdegil. Sedangkan itu hanya sebahagian rancangan Razen untuk mengalih perhatian pihak polis daripada terus menyiasat aktiviti-aktiviti haramnya," sambung Dato' Zainal dengan perasaan kesal.