BAB 47 | DUA MUKA

203 17 0
                                    

"Seburuk-buruk wanita adalah wanita SALFA, iaitu wanita yang mudah akrab, bergaul dengan lelaki dan tidak malu di hadapan mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Seburuk-buruk wanita adalah wanita SALFA, iaitu wanita yang mudah akrab, bergaul dengan lelaki dan tidak malu di hadapan mereka."

(Imam Ibnu Athil)

















KITARAN siang dan malam menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan ini selagi kiamat tidak menghampiri. Hari ini, tidak seperti hari kebiasaan, Rita menawarkan dirinya pergi ke pasar pagi yang terletak tidak jauh dari rumahnya bahkan dia juga yang akan memasak setelah pulang nanti.

Sengaja dia membiarkan Puan Zulaikha berehat hari ini. Lagipun, dia cumalah seorang tetamu yang menumpang atau lebih tepat lagi bersembunyi di rumah keluarga itu. Terdetik di hatinya untuk pulang semula ke pangkuan keluarga, tetapi kerisauannya menimbul apabila memikirkan orang tuanya pasti sangat marah dengan tindakannya.

Melarikan diri bersama kekasih hati pasti membuahkan pelbagai kritikan, hinaan dan cemuhan orang kampung terhadapnya. Dikenali sebagai seorang gadis yang sopan, berpurdah dan beragama, tetapi malangnya dirinya jatuh ke dalam gaung percintaan yang penuh dengan bahana. Maruahnya sudah tercalar lalu mempamerkan dirinya di hadapan khalayak ramai pasti sangat memalukan.

Sekarang, dia masih belum mampu kuat menghadapinya lagi. Dia mengerti... tidak selama-lamanya dia boleh melarikan diri dan diam bersembunyi daripada menghadapi masalah kerana lambat laun, dia akan tertangkap jua. Dalam sedar, Rita hanya mampu tersenyum kelat.

Sedang dia sibuk memilih bawang, muncul suara seorang lelaki yang menyapanya dari belakang. Dia lekas berpusing, namun pada saat matanya tertancap pada wajah lelaki itu, tubuhnya bagaikan direnjat elektrik. Kaku dan tidak bergerak. Dia terkejut bukan kepalang. Serta merta ketakutan dan keresahan melanda jiwanya yang masih belum teguh.

Khairul melemparkan senyuman yang penuh makna. Bawang yang berada dalam pegangan gadis itu diambil lalu dibelek. Puas hatinya melihat wajah terkejut gadis itu. Dia merasakan dirinya hebat dan berkuasa kerana mampu menundukkan semua perempuan yang pernah menjadi mangsanya dan Rita adalah salah seorang daripadanya.

"Orang kata... kalau potong bawang mesti menangis. Kita dah terserempak ni... tak kan kau tak nangis? Tak happy ke dapat jumpa aku balik?" ujar Khairul dengan riak wajah yang dibuat buat sedih.

Rita tidak mampu memberikan apa-apa reaksi. Perasaan terkejut dan takut masih menerjah dirinya. Pertemuan dengan Khairul merupakan satu keinginan yang tidak pernah wujud sama sekali di fikiran kerana diibaratkan bakal menghadapi detik kematian buat kali kedua. Secara psikologinya, traumanya ketika jatuh dari tebing yang curam  masih belum hilang.

"Kenapa diam?" Pertanyaan daripada Khairul sekali lagi membuatkan Rita tersentak. Lidahnya terkelu hendak memberi jawapan.

"Awak takut dengan saya ke? Okey, tentang dulu tu, saya betul-betul minta maaf. Saya tak ada niat nak bunuh awak. Saya dipaksa! Dia kata... kalau saya tak buat macam yang dia suruh, dia akan bunuh keluarga saya dan awak. Awak pasti tak nak ianya terjadi, kan?" tipu Khairul dengan helah yang sudah dirancangnya sejak awal.

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now