"Sabar ialah apabila hati tidak meratap dan mulut tidak mengeluh."
ఌ︎
SAAT senja sudah melabuhkan tirai, barulah Ivy pulang ke rumah. Perbualannya dengan seseorang secara rahsia tadi telah menyebabkan fikirannya terpengaruh dengan pelbagai andaian negatif. Dia mulai berasa takut apabila firasat hatinya dapat meneka kehadiran seseorang yang sengaja mengekorinya dari belakang.
Ivy tidak berani menoleh. Kedua-dua belah tangannya digenggam agar rasa takut dan paniknya tidak jelas kelihatan pada pandangan musuh. Kalau ikutkan, mahu saja dia melarikan diri dari situ tetapi apabila difikirkan semula, tindakannya pasti akan menyebabkan keadaan bertambah panik dan cemas. Dia tidak mahu mengambil risiko.
Pada saat yang mencemaskan sebegini, dia hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa melindunginya tidak kira apa jua situasi. Tanpa membuang masa, dia terus membuka beg tangannya untuk mencari kunci pagar rumahnya. Gerak gerinya kelihatan tenang tetapi hanya Allah yang tahu betapa kencang jantungnya berdegup pada saat ini.
"Ya Allah... mana kunci ni!" bisik Ivy perlahan yang mulai cemas. Diselongkar seluruh isi begnya dengan tergesa-gesa.
Namun, takdir seperti tidak memihaknya apabila kunci yang dicari masih belum ditemui. Ivy semakin takut. Dia lekas mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang.
"Hello? Da-"
Tidak sempat Ivy menghabiskan ayatnya, kepalanya sudah dipukul kuat dengan suatu objek keras yang menyebabkan kepalanya berdenyut-denyut. Dia terus jatuh tersungkur di atas jalan. Matanya yang mulai berbinar-binar dapat melihat sepasang kaki menghampirinya.
"Sekarang, bawa dia masuk ke dalam kereta," ujar seorang lelaki.
"Pastikan tak ada mata-mata yang memerhati. Kalau jumpa, bunuh." Kali ini suara milik seorang perempuan pula kedengaran. Dalam keadaan yang lemah seperti ini, dia langsung tidak dapat mengecam pemilik suara tersebut.
"Baik!"
Setelah itu, Ivy terus dipaksa bangun lalu matanya ditutup dengan sehelai kain hitam yang diikat kuat dari belakang. Ivy langsung tiada daya untuk melawan mereka semua. Lagipun, kudrat mereka jauh lebih kuat, dia tidak akan ada peluang untuk menang. Ivy pasrah lalu terus jatuh pengsan.
•𖧷•
"AMIRA..."
Tangan kanan seorang lelaki menepuk perlahan bahu Amira yang tertidur itu. Namun, gadis itu langsung tidak memberi apa-apa respon. Kali ini, lelaki itu menguatkan suaranya sedikit tetapi masih dalam nada yang lembut. Dia tidak mahu Amira takut.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Acción𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...