BAB 6 | JATUH HATI

587 81 11
                                    

TENGKU Dayang tersengguk-sengguk. Hampir-hampir saja wajah itu tersembam jatuh di atas meja. Fasha yang berada di sisi terus menoleh lalu dia menggelengkan kepala. Tangannya naik memulas telinga gadis itu. Terus mata yang sudah hampir terkatup itu terbuka seluas-luasnya.

"Aduh! Aduh! Sakitlah Fasha!"

Ivy dan Fazrina yang berada di sebelah hanya menggelengkan kepala dan tersengih, sangat faham dengan perangai Tengku Dayang yang bukan sahaja diva tetapi turut nakal dan keras kepala. Sekali kena bebel, memang berdarah telinga!

"Itulah. Kan saya dah kata jangan tidur dalam kelas! Jatuhlah reputasi!" marah Fasharina tidak berpuas hati dengan sikap Tengku Dayang yang tidak tahu malu itu.

"Ish! Biarlah! Awak pun tahu kan yang saya ni anti betul dengan kelas teacher Rania ni!" Tengku Dayang berbisik perlahan sambil matanya asyik memerhati teacher Rania yang mengajar di hadapan. Bibirnya dicebik. Raut wajah menyampah dipamerkan.

"Yes! I know! But kalau awak tidur dalam kelas, orang akan pandang serong! Lagi-lagi geng Sarah tu!"

"Haah kan? Ada betulnya juga cakap awak. Okey demi awak, saya tak tidur dalam kelas walaupun saya anti dengan teacher Rania," balas Tengku Dayang.

Walaupun hubungannya bersama teacher Rania bagai anjing dengan kucing, pantang bertemu pasti bergaduh, Tengku Dayang tetap menghormati wanita itu. Bukti? Dia tetap memanggil guru itu dengan panggilan 'teacher'.

"Dayang! Awak bersembang apa tu?" Satu suara menyapa bak halilintar. Tengku Dayang terus memejamkan matanya.

"Ah! Sudah! Mati aku," gumamnya perlahan.

"Dayang? Jangan sampai saya suruh awak berdiri di luar kelas!" Teacher Rania mengugut dengan wajah yang garang. Dia mencebik. Ada saja kesalahan yang cuba dicari wanita itu!

Fasha terus menyiku lengan gadis itu. Mata dijegilkan, memberi isyarat supaya gadis itu meminta maaf dan tidak membuat sebarang masalah. Tengku Dayang menjeling dan Fasha hanya buat tidak tahu, faham sangat dengan sikap keras kepala gadis itu.

"Maafkan saya, teacher. Saya janji saya tak kan buat lagi," ujar Tengku Dayang, terpaksa.

"Bagus! Lain kali fokus sewaktu saya mengajar. Okay, class. Open your text book page 52 now!"

Dia terus memutar bebola matanya. Mahu saja dia membaling buku teksnya ke dalam mulut wanita itu, biar bisu terus! Menyampah betul!

"Relaks, Dayang. Kalau awak mengamuk di sini sekalipun, tak kan dapat apa-apa." Fazrina menegur bersama senyuman. Tengku Dayang mengeluh.

"Geram betul! Ada sahaja kesalahan aku yang dia cari! Entah tak puas hati apa pun tak tahu!" bebel Tengku Dayang tanpa memandang rakan-rakannya. Tangan diselingkan ke dada.

Dia sudah serik dengan sikap teacher Rania. Jika setiap minit dan saat tak membebel, memang tak sah! Seolah-olah itulah rutin harian wanita itu setiap kali mengajar di kelas ini. Memang boleh hilang waras dia dibuatnya.

"Halah! Dia jealous lah tu," kata Fazrina lagi bersama ketawa kecil.

Fasha dan Tengku Dayang hampir melepaskan tawa, lucu dengan ayat Fazrina yang ringkas tetapi cukup memberi pelbagai makna. Kepala ditundukkan, tidak mahu guru wanita itu mengesan perilaku mereka.

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now