HARI yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba. Pantulan cermin yang memaparkan bentuk tubuh badan Ivy yang bersarungkan blouse labuh bersama seluar pallazo putih dipandang. Dikemaskan sedikit tudungnya agar menutupi dada dan bahu.
Senyuman manis terus terukir di bibir comel gadis itu. Diambil pas yang terletak di atas meja lalu disarungkan ke leher. Kemudian, begnya yang berada di atas kerusi turut diambil lalu digalas.
"Okay! Here we go!" ujarnya teruja setelah mengunci pintu utama dan pagar rumah. Telefon pintar dikeluarkan lalu dicari lokasi American University of Paris dari tempat dia berdiri.
"Aduh! Lima kilometer dari sini? Boleh tahan jauh ni. Aku ni dah la lembab berjalan." Dia membebel sambil menggaru pipi. Nampaknya, terpaksalah dia mencari alternatif lain.
Kaki terus dibawa ke arah jalan besar. Mencari sebuah kereta yang dinamakan teksi. Nampak sahaja kereta yang berwarna kuning itu, dia terus menghulurkan tangan agar teksi itu berhenti. Namun begitu, senyumannya memudar apabila melihat pemandu teksi itu hanya berlalu pergi.
"Hmm... pemandu teksi tu dah ada penumpang di tempat lain kut," bisiknya perlahan, sekadar bersangka baik.
Dicari teksi-teksi yang lain. Namun, kesemua teksi yang lalu-lalang hanya buat tidak endah sahaja. Dahi Ivy berkerut hairan. Pelik. Adakah dirinya memang tidak wujud di sini?
Jam yang berada di pergelangan tangan terus diperhati. Sudah 45 minit berlalu. Jika dibiarkan sahaja masa menginjak pergi, memang lambat dia akan sampai ke destinasi. Cermin kecil yang berada di dalam poket diambil lalu dibetulkan sedikit tudungnya agar kelihatan kemas.
"Haish. Kalau beginilah, memang lambat aku ke universiti. Baik aku jalan kaki je." Dia merungut lagi.
Baru sahaja dia ingin membawa langkah pergi, sebuah kereta mewah berwarna putih terus berhenti di tepi. Terkejut dia dibuatnya. Diperhati sahaja gerak-geri lelaki yang tidak dikenalinya itu.
"Hi sweetie. Remember me?" Seorang lelaki berkaca mata hitam terus menyapa.
Dahi Ivy berkerut hairan.
'Mimpi apa mamat ni pagi pagi? Terserempak pun tak pernah. Manalah aku kenal.'
"Sorry but I really don't know who you are." Dia membalas yakin. Jejaka itu terus mengangkat kening apabila mendengar jawapan yang dia berikan.
"Really?" Lelaki itu terus membuka kaca matanya.
"Kalau awak ingat lagi, sayalah lelaki yang awak nak baling kaca semalam," kata lelaki itu bersama senyuman senget yang terukir di bibir.
Matanya terus terbuntang. Peristiwa dia hampir dirogol semalam terus terlayar di fikiran. Tanpa berkata apa-apa, dia terus membuka langkah seribu.
"Tolong! Tolong! Ada orang nak rogol saya! Tolong!"
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Action𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...