"Kita yang hari ini ialah kerana pilihan kita pada masa lalu."
ꨄ︎
SUDAH sembilan jam mereka berdua berada di hospital ini namun, kelibat doktor yang merawat Tan Sri Afnan masih belum memunculkan diri dari bilik bedah tersebut. Sejak tadi para jururawat asyik berulang alik dari bilik bedah ke setiap sudut hospital, menandakan keadaan bekas anggota MEIO itu amat parah dan mencemaskan.
Meskipun malam sudah beralih menjadi siang, Encik Khalil dan Dato' Zainal tetap setia menunggu di luar bilik kecemasan tersebut. Sudah pasti mereka berdua merupakan orang yang paling cemas menanti khabar berita mengenai Tan Sri Afnan. Doa tidak putus-putus diutarakan buat Yang Maha Esa. Berharap semoga dikabulkan agar kejahatan Tuan Razen dapat dikekang dengan adanya Tan Sri Afnan dalam organisasi MEIO biarpun lelaki itu telah mengundurkan diri.
"Ya Allah... macam mana ni? Macam mana saya nak bagi tahu Danial kalau Afnan tak dapat diselamatkan?" ujar Dato' Zainal setelah lama mendiamkan diri dengan penuh kesabaran sejak tadi. Jelas riak wajahnya kelihatan sangat risau dan cemas.
Jika nyawa Tan Sri Afnan tidak dapat diselamatkan, kejadian sama yang pernah terjadi terhadap lelaki itu akan berulang terhadap Danial pula. Danial akan menyesal dan menyalahkan dirinya sendiri lalu turut mengundurkan diri daripada terus melakukan siasatan. Dan pastinya itulah perkara yang amat Tuan Razen mahukan! Dia tidak boleh membiarkan penjenayah itu terus bebas!
"Sabarlah, Dato'. Kita perbanyakkan doa. Mohon bersungguh-sungguh. Insya Allah Dia akan makbulkan. Yakin dan husnudzon dengan Allah," nasihat Encik Khalil agar Dato' Zainal tidak putus harapan.
Andai Tan Sri Afnan dapat diselamatkan, peluang untuk menumpaskan penjenayah terunggul tersebut amatlah cerah kerana hanya lelaki yang berumur 40-an itu saja yang selalu berhadapan dengan Razen sepanjang karier hidupnya. Pasti Tan Sri Afnan lebih memahami dan 'mencerna' sifat dan semua gerak geri licik yang telah dilakukan oleh Razen selama bergelar penjenayah global yang paling dikehendaki.
Namun, andai lelaki itu tidak dapat diselamatkan, pasti ada hikmah disebalik semua takdir yang berlaku kerana hanya Allah yang lebih mengetahui. Manusia hanya mampu merancang apa yang akan terjadi esok hari, tetapi sebenarnya Dia-lah sebaik-baik perancang. Takdir bukannya ditulis pada saat akhir, tetapi telah ditulis di Luh Mahfuz sejak sebelum alam ini diciptakan lagi. Manusia tiada hak untuk mempersoalkan takdir.
"Dato Zainal?"
Dato' Zainal terus bangun daripada duduk apabila mendengar namanya dipanggil. Tidak sedar yang doktor sudahpun keluar dari bilik operasi. Encik Khalil juga turut terkejut lalu terus berdiri di samping Dato' Zainal. Dia hanya mendiamkan diri, membiarkan lelaki itu saja yang berurusan dengan doktor.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Action𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...