BAB 34 | KHILAF

383 41 6
                                    

UGUTAN Adillia pada pagi tadi di sekolah mengundang rasa resah dan risau dalam jiwa Amira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

UGUTAN Adillia pada pagi tadi di sekolah mengundang rasa resah dan risau dalam jiwa Amira. Sejak tadi dia asyik mundar-mandir di dalam bilik, langsung tidak keluar biarpun ibunya mengetuk pintu berulang kali dan bertanyakan keadaannya yang tiba-tiba berubah secara drastik.

Pulang saja dari sekolah, dia terus mengurungkan diri di dalam bilik malah langsung tidak menyapa Puan Kamilah yang ketika itu berada di luar rumah. Pintu sengaja dikunci rapat.

"Erghh! Tak guna betul lah si Adillia tu! Selama ni aku tahan je sabar dengan kau!" herdik Amira seorang diri sambil mencengkam rambutnya dengan kuat.

Sudah lama perasaan sakit hatinya dipendam dan disimpan buat gadis itu. Selama ini, dia hanya berdiam diri dan tidak membalas setiap kata caci dan maki mereka semua. Dan pada hari ini, nilai kesabarannya sudah pun melebihi batasannya sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan.

Perlahan-lahan perasaan sakit hati membenihkan perasaan dendam yang semakin menjalar jauh keseluruhan hati tanpa dia sedari. Malah tembok ego semakin terbina tinggi sehiggakan kesalahannya sendiri tidak mahu diakui. Mata hatinya mulai buta. Semakin mati tidak bersenyawa.

"Aduh! Macam mana aku nak buat ni!" keluh Amira penuh keresahan dan ketakutan. Kukunya digigit sedikit.

Kepalanya ligat mencari jalan penyelesaian bagaimana cara untuk menutup mulut Adillia dan mereka yang lain. Dia tidak mahu semakin dibenci. Cukuplah selama ini dia bertahan dengan kata-kata nista yang dilontarkan, telinganya semakin perit untuk mendengar lagi sedangkan itu memang khilafnya. Sepatutnya, dia berani menghadapi masalah yang telah pun dia cipta sendiri. Bukannya berdalih mahupun melarikan diri!

Perasaan Amira semakin berkecamuk dan berserabut. Jam pada dinding sudah menunjukkan jam 5.00 petang. Tanggungjawabnya sebagai seorang hamba masih belum dilunaskan lagi, sedangkan waktu semakin bergulir pantas menjengah senja. Zuhur dan Asar semakin jauh meninggalkan Adilia yang masih sibuk berfikir.

"Haish! Serabutlah! Tolonglah! Fikir Amira! Fikir!" Kepalanya ditepuk berulang kali, mengherdik diri sendiri sedangkan itu ialah salah satu sifat yang sangat dibenci Allah.

"Lebih baik aku minta tolong Luna! Harap dia boleh tolong aku!" kata Amira sendirian. Telefon pintarnya yang tersorok di bawah katil diambil lalu nombor telefon didail. Talian pun bersambung.

"Kenapa call?" sahut suara seorang gadis di sebelah sana. Amira menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya pernafasannya kian membaik apabila Luna mengangkat telefonnya. Pintu peluangnya kelihatan terbuka cerah pada pandangan mata.

"Luna... please, I need your help! Tolong saya!"

"Why? You dalam masalah ke?" Luna terus bertanya hairan. Nada percakapan Amira kedengaran begitu terdesak.

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now