SEBUAH rumah yang agak besar menjadi tatapan Amira. Ternganga mulutnya melihat keluasan rumah itu. Cantik dan sangat mewah. Pandangan matanya jatuh pada sebuah taman yang dihiasi pelbagai bunga dan tumbuhan. Perlahan-lahan kakinya dibawa mendekati sebuah pintu pagar yang amat besar.
"Abang... Ini rumah ke istana? Besar betul," tutur Amira begitu kagum. Amirul yang hanya memerhati dari tadi terus tergelak kecil.
"Rumah la, Mira oii." Amira terus berpaling memandang Amirul dengan pandangan mata yang tidak percaya. Terperanjat.
"Biar betul? Rumah luas macam ni? Rumah siapa ni? Rumah kawan yang abang cakapkan tu ke? Dia kerja apa sampai boleh bina rumah yang besar macam ni? Mesti best kan hidup dia?" Bertubi-tubi dia bertanya kepada Amirul.
Jejaka itu hanya menggaru pipi apabila dia diasak dengan pelbagai persoalan, tidak tahu mahu menjawab soalan yang mana dulu. Lagipun, dia bukannya tahu sangat mengenai latar belakang kawan baiknya itu.
"Hmm... Rumah kawan abang la. Tak silap abang... Dia kata dia ahli perniagaan. Itu je la yang abang tau," tutur Amirul senada. Amira terus berlari mendapatkan abangnya, lengan Amirul yang sedikit sasa itu dipegang.
"Abang! Cepatlah! Jom la kita masuk! Amira tak sabar nak tengok dalam rumah tu! Mesti cantik!" ujar Amira begitu teruja. Beg dan buku sekolahnya yang berada di dalam raga motosikal abangnya diambil laju. Namun, Amirul segera menghalang.
"Ehh... Nak buat apa bawa buku sekolah pula? Mira bukannya datang nak belajar. Tapi bekerja..."
"Ohh ye ke? Okey la kalau macam tu," ujar Amira sebelum meletakkan kembali beg dan buku-bukunya ke dalam raga.
"Okey... Jom la masuk. Amira dah tak sabar nak jadi maid!" Amirul terus mengerutkan dahi.
'Maid? Sejak bila aku cakap dia kena kerja maid? Lantaklah. Maid pun maid la...' monolog hatinya penuh kehairanan lalu bahu adiknya dipeluk erat.
"Okey. Mari kita masuk..." ajak Amirul lalu menarik tangan adiknya. Gadis itu sekadar mengikut.
Mata Amira dari tadi ralit memerhati kawasan perumahan itu. Cantik sungguh dengan hiasan bunga-bunga mawar, kasturi dan daisy. Namun, siapa sangka... Indah di luar tidak semestinya indah di dalam. Kadangkala, kecantikan itu hanya dijadikan sebagai perangkap agar dapat menarik perhatian ramai mata untuk melihat lebih jauh lagi.
Dan apabila langkah dibawa memasuki rumah besar itu, detik kehidupan mereka turut bermula. Detik dimana mereka berubah menjadi seorang manusia yang tamak dan semakin lupakan dunia. Nafsu hati tetap menjadi pilihan utama lantas iman juga akan semakin dilupakan.
Kehadiran mereka berdua terus menarik perhatian semua orang di ruang tamu itu. Aktiviti-aktiviti mereka tergendela. Dipandang lama susuk tubuh Amira dan Amirul yang sekadar berdiri tegak. Amira kelihatan gugup manakala abangnya kekal tenang.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Akcja𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...