KEPEKATAN malam yang diselubungi kabus tebal di hutan itu membangkitkan perasaan resah dan berdebar-debar. Sejak pukul 9.00 malam tadi, pasukan Cawangan Khas PDRM sudah pun bersiap sedia merancang strategi yang kukuh. Dan kini, jam sudah menunjukkan jam 11.00 malam.
Rumah agam itu sudah dikepung oleh sepasukan pihak polis dari pelbagai sudut dan arah. Buat masa ini, mereka masih bersumbunyi disebalik pokok-pokok dan semak-samun, memerhatikan keadaan dalam rumah yang kelihataan bercahaya. Menjadi tanda adanya penghuni di dalam rumah besar itu.
Buat masa ini, mereka masih menunggu arahan daripada ketua pasukan mereka yang turut turun padang menjalankan misi berbahaya ini. Segala kelengkapan senjata seperti pistol dan sniper dipegang erat oleh semua anggota yang terlibat dalam bahagian perisikan. Mata mereka tetap dipicing tajam. Masih membisu di situ sebelum bertindak mengikut arahan.
"Macam mana, tuan?" tanya salah seorang anggota melalui earpiece canggih yang dipasang di telinga.
Tan Sri Afnan yang mesra disapa Tuan Afnan atau Encik Afnan sekadar diam tanpa balasan selama beberapa detik. Kedudukannya kini berjaga di bahagian Selatan bersama beberapa anggota yang lain. Sempat dia menilik ke arah skrin komputer riba milik seorang penggodam yang juga berkhidmat di bahagian perisikan PDRM.
Cawangan Khas, merupakan salah satu cabang tugas khas Polis Diraja Malaysia yang dianggotai polis-polis berkaliber dan berkemahiran dalam dunia perisikan. Mereka bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.
Pegawai dan anggota Cawangan Khas juga mempunyai kuasa-kuasa polis sepertimana termaktub dalam undang-undang negara ini. Dan pada malam ini, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM turut berganding bahu melaksanakan misi yang sememangnya mencabar dan berbahaya ini.
Tuan Razen sememangnya seorang penjenayah antarabangsa yang sangat licik. Pelbagai kes jenayah telah dia lakukan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan senjata dan dadah, penculikan dan pembunuhan. Menjadikan dia seorang penjenayah yang sangat digeruni rakyat Malaysia.
Selagi lelaki itu masih bebas, selagi itulah perasaan mereka semua menjadi tidak tenteram. Tambahan pula, anak-anak buah dan pengikut Tuan Razen sangat ramai. Bukan saja di Malaysia bahkan di luar negara juga terutamanya Paris, tempat asal usul dia dibesarkan selepas ibu bapanya membuat keputusan untuk berpindah dari Malaysia.
Tawaran kerja dengan gaji yang lumayan tidak mampu ditolak oleh sesiapa pun termasuk ayah kepada Tuan Razen. Kehidupan lelaki itu di Paris saat berumur sembilan tahun bermula apabila mereka sudah menjejakkan kaki di sana. Dan pada akhirnya, mereka menjadi kaya raya dengan harta yang melimpah ruah.
Disebabkan kehidupan sosial di sana amat teruk, Tuan Razen telah tersalah memilih rakan untuk dijadikan teladan. Tiang agama Islam tidak lagi menjadi pegangan. Al-Quran dan solat sudah lama ditinggalkan. Maka, tenggelamlah dia ke dalam lembah kebinasaan yang dikenali sebagai istidraj.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Action𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...