𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲
IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LANGIT fajar yang terserlah dengan cahaya matahari dari ufuk Timur memberikan sinar harapan bagi seorang insan untuk menikmati keindahan tersebut. Syukur kerana roh masih tersarung dalam jasad dan belum tiba masanya lagi untuk direntap pergi.
Syukur kerana setiap anggota badan masih diizinkan Tuhan untuk terus berfungsi seperti kebiasaan. Syukur kerana bumi hari ini masih belum hancur binasa dek murkanya Tuhan sekalian alam.
Tetapi mengapa... Segala nikmat itu manusia masih mahu dustakan? Mengapa masih dinafikan segala kekuasaan Tuhan? Dan mengapa tetap dilakukan segala maksiat seolah diri masih ada hari esok? Manusia... Sangat sinonim dengan sifat lalai dan leka.
Andrea bangun daripada pembaringan lalu kakinya menapak perlahan ke arah jendela. Diselak langsir seluas yang mungkin. Kelihatan langit masih tidak terlalu kelam dan gelap, tanda sang mentari bakal memunculkan diri. Sayup-sayup satu laungan suara memasuki ruang pendengaran. Telinganya dipicing.
"Allahuakbar! Allahuakbar!"
Tangkai hati Andrea terus dihentak dengan satu perasaan yang sukar digambarkan dengan lukisan mahupun penulisan. Hatinya berasa sayu tatkala mendengar kalimah yang agung itu, mungkin terlalu rindu dengan belaian Tuhan Yang Maha Penyayang. Air matanya serta-merta menitis tanpa dia sedari.
Dia hairan. Selama dia berada di sini, tidak pernah sekalipun dia mendengar laungan agung yang penuh kesaktian itu. Dan secara tiba-tiba hari ini, telinganya dapat menangkap nama Raja Sekalian Alam itu walaupun perlahan. Dia keliru. Apakah maksud tersirat disebalik semua ini?
Hatinya yang selama ini kosong seakan-akan meminta diisi dengan 'sesuatu'. Namun, dia lamgsung tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan 'sesuatu' itu. 'Sesuatu' yang bersifat sakti dan tidak dapat dirasai dengan deria. 'Sesuatu' yang dapat mengisi kekosongan hatinya selama ini.
Secara tiba-tiba, terlayar pada pandangan umpama langit itu menjadi layar wayang yang memaparkan perilaku seseorang. Kelihatan bayangan seorang gadis bertudung labuh yang tidak kelihatan wajahnya pada pandangan mata. Hatinya mula tertanya-tanya... Siapakah wanita itu?
Tayangan itu diteruskan lagi dengan perilakunya yang sedang membaca Al-Quran. Yang paling menghairankan, sebutan-sebutan makhraj itu jelas kedengaran pada ruang pendengaran. Merdu dan sangat tenang. Dia mula terbuai dengan alunan ayat suci Al-Furqan, nama lain bagi Kalamullah.
Setelah membaca Al-Quran, wanita itu terus mengucup lembut kitab suci itu. Satu perasaan pelik mula menjalar ke tangkai hatinya. Hatinya berasa sayu, sedih, bersalah dan rindu pada saat dan detik yang sama. Dia sendiri tidak tahu dan masih bingung.
Pergerakan gadis itu diteruskan lagi dengan satu solat sunat. Sekali lagi Andrea tersentuh. Fikirannya mula meneroka memori lampau bilakah saat terakhir dia mendirikan solat. Bilakah hari terakhir dia terpanggil untuk menghadap Tuhan? Bilakah detik terakhir dia meluahkan rasa cintanya kepada Al-Khaliq? Dia sendiri tidak dapat mengingat bahkan tidak dapat dihitung.