BAB 50 | KEMBALI

282 23 4
                                    

"Allah has already planned your life

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Allah has already planned your life. If something goes wrong, it went wrong for a reason."






























DISEBABKAN terlalu keletihan, Ivy tertidur dalam keadaan kedua-dua belah tangannya dirantai ke atas. Sisa air mata di pipi semakin mengering seiring berjalannya waktu. Lenanya langsung tidak didatangi mimpi. Kosong dan sunyi tanpa sebarang pengembaraan di alam tidurnya.

Cuaca yang semakin sejuk terasa sampai ke tulang walaupun dia sudah memakai pakaian yang tebal. Lenanya terganggu apabila badannya mulai menggigil kesejukan. Mata dicelik separuh. Ingin saja dia memeluk tubuh memberi kehangatan namun, keadaannya kini langsung tidak memberi keizinan.

Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Nasib yang sama dengan keadaan yang serupa. Tidak dapat dibayangkan betapa terseksanya mereka tinggal di sini, dengan pakaian yang nipis, mendedahkan kulit yang penuh lebam dan luka itu dicengkam kesejukan.

Rintihan dan tangisan yang memenuhi bilik itu langsung tidak mengubah keadaan candra yang berbentuk sabit disebalik tingkap besi kecil bilik itu malah, ia tetap bercahaya malap disuluh mentari di bumantara. Perlahan-lahan bulan sabit itu semakin hilang daripada pandangan seiring berjalannya waktu menjenguk siang.

Keluhan secara tidak sengaja terhela daripada bibirnya. Dia semakin lelah tidak bermaya menanggung seksaan, tidak ubah dilayan seperti seorang hamba yang hanya setaraf tapak kaki tuannya ketika zaman arab jahiliah dulu bertakhta. Keadaan tubuh yang terangkat sedikit apabila kedua-dua belah tangannya dirantai ke atas menyebabkan kudratnya semakin terhakis.

"Masuk!"

Suara yang amat dikenalinya itu menyebabkan Ivy terus menoleh ke arah pintu besar itu. Matanya sayu menatap raut wajah kesakitan gadis yang menjadi mangsa Luna. Gadis itu... gadis yang sama pernah meminta pertolongannya sebelum ini. Perasaan kesalnya semakin menebal apabila melihat tubuh kurus itu bermandikan darah, mewarnai baju putih nipis yang dipakainya.

Betapa kejamnya seorang gadis yang bernama Luna. Kekayaan harta hasil kerja kotor yang dilakukannya menjadikan dia buta membezakan mana satu kebatilan dan kebenaran. Perasaan belas kasihan telah dibuang jauh dari hati iblisnya yang taksub melihat penderitaan orang lain hasil tangannya sendiri.

Cengkaman kuatnya pada rambut Amira menyebabkan bibirnya mengukirkan senyuman sinis penuh kemenangan. Mangsa-mangsa yang lain terus menundukkan pandangan saat pandangan mata mereka berlaga dengan pandangan tajam milik Luna. Tidak ada seorangpun yang berani menatap gadis itu.

Untuk seketika, ruang yang tadinya dipenuhi rintihan dan tangisan menjadi sepi. Tidak ada seorangpun yang berani membuka mulut kerana mereka tahu Luna pasti akan menyerang sesiapa saja yang membingitkan telinganya. Kini, hanya kedengaran rintihan dan tangisan Amira saja yang memenuhi suasana sunyi di antara mereka.

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now