"BERAMBUS!!!" Puan Qarmila terlebih dahulu membuang bagasi di halaman rumah. Arliana Qailani terduduk dan menangis semahu-mahunya. Hujan yang turun dengan lebat tidak dihiraukan.
"Mama, Lia tak salah!" Arliana Qailani cuba menidakkan apa yang dikatakan oleh Afiya Qasyrina. Puan Qarmila mencerlung tajam ke arah Arliana. Tepat pada mata Arliana. Arliana seperti tiada harapan untuk menjelaskan apa yang terjadi.
"Dah la, tak guna kau meraung sampai jadi macam ni. Kau ingat ni apa? Tanah perkuburan? Nak menangis, mengenang nasib?" Afif mengutuk Arliana. Suaranya kedengaran sangat sinis.
"Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya?" Arliana memandang wajah Afif dengan sayu. Afif sekadar tertawa. Dia segera mencangkung sambil memandang seraut wajah di hadapannya.
"Kau tak ada salah apa pun. And ni semua pun bukan salah aku. Dah takdir, siapa nak halang? Yang kau tidur sebelah aku kenapa perempuan murahan? Kau saja goda aku kan?" Afif pandang tunak wajah di hadapannya. Dalam, sangat dalam.
Seperti menghantar isyarat kepada Arliana 'Jangan ganggu hidup aku'. Arliana pantas menyeka sisa air mata menggunakan lengan bajunya.
"Jom ikut aku balik" Afif menawarkan diri. Tak guna juga kalau hendak bergaduh pada ketika ini. Hujan yang semakin lebat membuatkan Arliana berasa sejuk. Dia sudah menggigil kesejukan.
"Ish, menyusahkan betul. Pakai kot aku ni" Afif segera menghulurkan kot kepunyaan. Arliana menyambut dengan tangan yang terketar-ketar. Dia tiada daya untuk memegang kot tersebut.
"Hish! Dah la menyusahkan aku" Afif segera menyarungkan kot tersebut. Arliana yang melihat tergamam. Dia tidak menyangka Afif akan membantunya.
"Please lah, aku bantu sebab kesian. Jom balik rumah parents aku" Afif mengangkut bagasi milik Arliana dan meletakkannya di dalam bonet kereta.
'Macam mana Afif boleh ada kat sini? Tak kan dia rancang dengan adik aku?' gumam Arliana dalam hati. Tidak baik menuduh orang yang telah berbuat baik dengan kita.
"A..wak..rasa..mama..a..wak..bo..leh..terima..saya..ke?" Arliana bertanya sambil terketar-ketar. Afif yang memandu hanya fokus terhadap pemanduan. Malas mahu dilayan si Arliana ni.
"Kau nak ke kahwin dengan aku?" Afif bertanya. Saja, sekadar mahu meriuhkan suasana. Arliana yang mendengar terasa seakan nafasnya sesak. Tak kan CEO AQ Holding sedang melamarnya?
"Eh, kau jangan fikir bukan-bukan pula. Aku terpaksa kahwin dengan kau. Sebab...kau tak ada tempat berteduh. Tak mungkin ibu kau nak terima kau buat masa terdekat" penjelasan daripada Afif membuatkan Arliana mengangguk faham.
'Nasib apa yang aku fikir bercanggah dengan apa yang dia kata' Arliana berkata dalam hati. Malu kalau Afif tahu yang dia punya perasaan suka terhadap Afif sewaktu sekolah dahulu. Kiranya macam 'crush' la.
Arliana hanya membuang pandang ke luar tingkap. Dia harus membuat ibu bapa mempercayai nya semula. Tapi bagaimana? Mesti ibu bapanya akan lebih mempercayai adiknya sendiri. Arghh dia buntu!
"Arliana, dah sampai" Afif menyentuh bahu Arliana. Entah bila pula minah ni tidur. Afif menggoncang tubuh tersebut. Haihh tak bergerak pula, dah mati ke? Okay tak sayang bakal bini betul. Eh?
Sudahnya, Afif mencempung Arliana ke rumah. Harap ibu bapanya sudah tidur. Dia dengan bersusah payah mengambil kunci lalu membuka pintu. Nasib Arliana kurus keding saja.
"Ish, beratnya kau" Afif memegang pinggangnya. Padahal Arliana tidak la seberat manapun. Dia meletakkan Arliana di sofa lalu menaiki anak tangga untuk ke biliknya.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...