"Kenapa Amin tengok Umi macam tu? Takut Umi lah!" Arliana Qailani agak pelik kerana Amin Qamil tidak habis-habis memandang wajahnya.
"Umi lawa lah. Kenapa Amin tak lawa macam Umi?" Soalan yang terpacul dari mulut Amin Qamil membuatkan Arliana Qailani tertawa.
"Mana Amin tahu yang Amin tak lawa? Sapa cakap hmm?" Arliana Qailani mencuit hidung Amin Qamil.
"Abi. Abi kata Amin tak lawa. Umi je yang lawa. Amin pun nak lawa macam Umi. Abi kata Amin comot" Arliana Qailani menoleh ke arah Afif yang sedang bermain bersama Alayra Qistina.
"Ye ke? Abi cakap macam tu? Amin tipu ye?" Arliana Qailani tidak mempercayai kata-kata Amin Qamil.
Tapi, budak-budak tak pandai menipu kan?
"Betul lah Umi! Kalau Umi tak percaya, kejap eh. Abi!!!" Amin Qamil menjerit memanggil Afif.
"Kenapa ni, Amin?" Afif laju sahaja ke arah Amin Qamil.
"Abi kata Umi lawa kan? Baik Abi mengaku sekarang! Sebab Umi tak percayakan cakap Amin" Amin Qamil mengadu kepada Afif.
Di manakah Aman Azumi? Jangan khuatir, dia bersama dengan Datin Maria. Ada je kat dapur, tengah makan.
"Eh, ye ke? Mana ada lah, Amin salah dengar tu" Afif cuba berdalih. Amin Qamil sudah bercekak pinggang.
Ya Allah, comelnya budak kecil😩
"Abi tipu! Abi tipu!" Amin Qamil memandang Arliana Qailani.
"Okay, okay. Umi percaya Amin ye? Dah makan ke belum ni?" Arliana Qailani menukar topik. Amin Qamil menggelengkan kepala.
"Ish, mana boleh tak makan. Nanti petang nak balik rumah dah. Pergi makan dulu" Amin Qamil terus sahaja ke dapur.
Afif pula menuju ke arah Alayra Qistina semula. Tak kan nak rapat-rapat dengan Arliana Qailani setelah Amin Qamil 'kantoikan' dia.
'It's kinda sweet' Arliana Qailani tersenyum sahaja memandang Afif yang melayan Alayra Qistina.
Tiba-tiba bersemut, eh?
★★★★★
"Please, Sarah. Kau boleh lakukan!" Qaisarah mahu menekan loceng rumah, namun terhenti.
"This is not Qaisarah! Qaisarah seorang yang berani! Kenapa tiba-tiba jadi pengecut pula ni?" Qaisarah berkata sendirian.
Dia cuba sekali lagi menekan loceng rumah Afif. Namun dia tetap tidak meneruskan.
"Ish, kali ni last. Kalau tak, memang aku terus terbang je" Qaisarah belum menekan loceng, pintu pagar telah terbuka.
"Eh, Sarah. Masuklah" Arliana Qailani menjemput Qaisarah masuk ke dalam rumah.
"Err, tak susahkan ke?" Qaisarah berasa janggal pula.
"Susah apa pula? Masuk je lah" Arliana Qailani menarik tangan Qaisarah untuk masuk ke dalam rumah.
Sebenarnya dia nak buang sampah tadi, tak sangka pula ada Qaisarah depan rumah.
"Err Afif tak ada ke?" Qaisarah duduk di sofa. Dia mula memerhati segenap ruang di dalam rumah tersebut.
"Ada, kat atas. Kejap ye, saya panggil" Arliana Qailani mendaki tangga untuk ke bilik mereka.
"Afif?" Arliana Qailani membetulkan cadar. Si Afif ni masih tidur? Dah pukul berapa ni? Nasib hari Sabtu!
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...