Bab 3

455 67 20
                                    

2 weeks later...

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!!"

Dengan sekali lafaz, Arliana Qailani Binti Mohd. Asyraf telah sah menjadi isteri kepada Afif Dato Hasyim. Arliana mengelap air matanya menggunakan tisu.

"Arliana, aku tahu kita berdua kahwin secara terpaksa, but aku harap kau takkan menyesal dengan perkahwinan ni" Tutur Afif apabila menyarungkan cincin di tangan Arliana.

Arliana terkelu, tidak tahu hendak balas apa. Dia juga harap dia tidak akan menyesal dengan perkahwinan ini. Nasib mak ayahnya merestui perkahwinan ini. Tenang sikit jiwanya.

★Flashback★

"Awak, saya nak jumpa keluarga saya" sekali lagi, Arliana meminta simpati kepada Afif. Namun, kini dia meminta izin di hadapan keluarga Afif, di ruang tamu ini.

"Kenapa Lia nak jumpa parents Lia?" Datin Maria sekadar bertanya. Arliana cuba mengumpul segala kekuatan untuk menjawab pertanyaan Datin Maria itu.

"Sebab... Lia nak mama ayah Lia restu dengan perkahwinan ni. Lia tak nak membelakangkan keluarga. Lia nak kahwin kerana redha Allah, redha mama ayah" Arliana mengesat air mata yang jatuh di pipi.

"Lia, mak ayah Lia masih marahkan Lia tak?" Duga Datin Maria. Hmm nak jawab apa? Arliana hanya mengeluh sahaja.

"Dah la, tak payah nak buat drama. Aku tak kan bagi kau pergi. Tak ingat ke haritu yang sampai kau pengsan? Kau tu dah la ada darah rendah. Kau duduk diam-diam dalam rumah ni" Afif yang sedang menonton televisyen rasa bingit mendengar celoteh mereka.

"Okay" Arliana hanya menurut. Dia memang dilahirkan begini. Suka mengikut kata, tak degil. Tiba-tiba telefonnya mengeluarkan notifikasi. Oh, ada orang mesej!

"Ayah dengan mama restui perkahwinan Lia. Semoga menjadi isteri yang baik, jaga suami elok-elok sayang"

"Ayah, terima kasih....Insya Allah, doakan Lia"

"Ayah dah restui perkahwinan kita" ujar Arliana tersedu-sedan. Datin Maria yang melihat tersenyum suka. Dato Hasyim menepuk-nepuk belakang Afif.

★End Flashback★

"Dah la berangan tu" Afif duduk di birai katil. Arliana yang ada di muka pintu direnung. Minah ni tak nak masuk bilik ke?

"Apa masalah kau ni? Macam tak biasa masuk bilik aku. Ni cuma mummy dengan daddy hias sikit je, ada kelambu bagai. Masuk la" Afif menarik tangan Arliana.

Walaupun sudah sah, namun Arliana masih berasa kekok dengan layanan Afif. Macam sekarang, sesuka hati je tarik tangan orang. Tak berlapik pula tu!

"Awak..." Arliana ingin memulakan bicara. Afif sekadar menjadi pendengar. Dia suruh Arliana meneruskan tutur katanya.

"Errr macam ni" mulut Arliana terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. Dia nak menyihir Afif ke? Ahh sudah!!!

"Oi, jangan pandai-pandai nak sihir aku! Aku suami kau tau! Ingat tu" Afif menjengil tajam ke anak mata Arliana yang berwarna biru cair itu. Cantik! Amat sesuai dengan Arliana yang berkulit cerah seperti model dari luar negara.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now