"Ha, yang dua orang ni. Dah apahal tersengih-sengih macam kerang busuk je?" Afif menjeling ke arah Hakim dan Siti Rubiah.
"Aku rasa, aku nak kahwin la pada bulan Syawal yang mulia ni" Hakim berbisik ke arah Afif. Tapi ramai je dengar sebenarnya!
"Kau nak kahwin dengan sapa? Kau kan tak laku!" Afif sudah bantai ketawa terbahak-bahak. Yang lain juga turut ketawa sama.
"Ni, sebelah aku ni..." Hakim memberi isyarat menggunakan ekor mata ke arah Siti Rubiah.
"Seriously?"
"Kau bergurau je eh?"
"Uuu Hakim dah nak kahwin"
"Ye lah, janganlah buat aku malu macam ni" Memang jelas ketara muka Hakim yang merah padam itu.
"Kelakarlah you ni!" Siti Rubiah memecahkan kesunyian. Susah betul nak dengar suara dia sekarang ni! Dah jadi pemalu pula!
"Ye lah, dah orang tu tak menyempat, confess kat kita dulu" Hakim menjelirkan lidahnya.
"Apa you ni! Malu laaa" Siti Rubiah menumbuk-numbuk manja lengan Hakim.
"Auch, sakit la yang" Hakim mengusik lagi. Habis berbahang wajah Siti Rubiah.
"Diamlah, sotong!" Siti Rubiah jelas tidak mahu mengalah.
"Apa you panggil I? Sotong? Kejamnya" Hakim sudah mencekak pinggang. Macam tengok drama free pula!
"Ye lah, dah ada depan mata. Confess je lah, ni tak... sibuk tulis diary bagai. 'I think I'm already fall in love with Siti Rubiah. Her cuteness, her smile and her face which I can't handle it!' bla bla bla"
Siti Rubiah mengajuk kembali apa yang dikatakan oleh Hakim di dalam buku catatan hidupnya itu. Membuntang mata Hakim apabila mendengar ayat tersebut.
"Hey, sapa bagi you kebenaran baca diary I?"
"You yang bawa diary tu ke hulu ke hilir. I ingatkan dalam buku tu ada laporan kes penyiasatan you. Rupanya diary semata-mata!"
"Eyyy nak kena dia ni"
"Kejarlah, tak takut pun! Werkkk!"
Hakim terus mengejar Siti Rubiah. Masing-masing hanya ketawa melihat gelagat pasangan tersebut. Boleh pula Afif pasang lagu Hindustan, lagi ketawalah mereka semua.
★★★★★
"Apa semua ni?" Siti Rubiah menyilangkan tangannya di dada. Still dalam mood merajuk, okay!
"Hadiah, from your zauj" Hakim mendepakan tangannya. Berbagai-bagai menu makanan terhidang di atas meja itu.
"Kim! Nasi goreng ayam, nasi tomato, ayam masak merah, daging bakar, kek pisang, kek batik, kek pandan ni nak bagi sapa makan?!" Siti Rubiah menepuk dahinya. Tapi sebenarnya dia suka! Penuh dengan makanan! Food lover!
"Alaa sayang la kena habiskan" Hakim merengek manja. Huwaa macam pondan pula, hiks!
"Awww love you sotong!" Siti Rubiah mengambil sepotong kek pandan. Nampak menarik!
"Apa you panggil I? Sotong lagi? Huhu sampai hati you kan" Hakim pura-pura mengelap air mata. Tak macho langsung kalau lelaki menangis.
Tapi, lelaki pun ada hati dan perasaan kan? So, yeah...
"Sampai lah hati I kat you, sebab tu kita bercinta sekarang ni" Siti Rubiah menghabiskan nasi goreng walaupun dia sudah kenyang. Buat stok makanan esok kot?
"Hmm betul la tu. Nak kahwin dah" Hakim tersengih. Diambil sepinggan nasi tomato.
"You kata nak kahwin masa bulan Syawal. Lagi seminggu nak habis Syawal, you main-main je eh?" Siti Rubiah mengumam seketika.
"You tak sayangkan I pun kan? Sedihnya rasa hati ini" Siti Rubiah mahu menangis. First time dia nak bersedih macam ni, selalu dia garang macam singa. Rawr!
"Mana ada main-main. Tepat-tepat 28 Syawal, kita kahwin!" Hakim bersorak keriangan. Siti Rubiah sudah terlopong.
"Tutuplah mulut tu, nanti lalat masuk la sayang" Masih lagi dalam mood mengusik.
"Ish, ada 4 hari sebelum 28 Syawal. Dia ni, suka buat keputusan sorang-sorang! Kahwin la sorang-sorang!" Siti Rubiah merajuk.
"Alaa ruby. Baby, honey, manja, busuk. Janganlah merajuk" Siti Rubiah tidak melayan pujukan Hakim.
"Kita tambah makan lagi eh?" Masih tidak dilayan.
"Nak banglo setingkat? Swimming pool seluas padang bola? Istana? Panggung wayang dalam rumah? Cakap je, bagitahu je apa yang you nak. I akan tunaikan" Haha, tak jalan pujukan Hakim kali ini.
Alahai, apalah nasib Hakim dapat kekasih yang manja macam Ruby ni?
Semoga berbahagia ya, Hakim! Orang suka mengusik ni, padanlah dapat perempuan manja!
End Hakim×Ruby
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...