Bab 5

383 58 10
                                    

"Arliana Qailani!!!" Riuh rendah suasana pejabat dengan pekikan suara Afif. Arliana segera masuk ke dalam pejabat Afif. Afif memang sengaja menjerit, mahu melihat sikap kelam-kabut Arliana.

"Ye, bos?" Arliana menghampiri meja Afif bersama pen dan kertas. "Apa kau bawa ni?" Afif memandang ke arah pen dan kertas yang dipegang Arliana.

"Errr pen dan kertas bos!" Arliana segera menjawab. "Mana buku nota? Macam mana nak jadi PA kepada bos syarikat AQ ni?! Jangan sampai aku report kat daddy!" Afif menghentak kerusinya. Sengaja membuat Arliana berasa gerun.

"Ja...jangan bos. Saya... saya ambil kat luar kejap ye" Arliana ingin keluar dari pejabat Afif, namun dihalang. "Sapa suruh keluar?!" Afif menyembunyikan senyum.

"Tapi bos... saya nak ambil buku nota la..." Arliana menundukkan wajahnya. Tidak sanggup melihat wajah Afif yang bertukar 'singa'. Afif akhirnya meletuskan tawanya.

"Kenapa awak ketawa?" Arliana memandang wajah Afif, hairan melihat tingkah laku Afif itu. "Tak ada apa. Harini aku ada meeting apa-apa tak?" Afif berdehem seketika sebelum bertanya.

"Aaaa, mana saya tahu..." Arliana menundukkan wajahnya sekali lagi. Mana dia nak tahu, dia baru masuk kerja hari ni. Jadi dia tak tahu tugas dirinya sebagai PA.

"Apa?! Boleh kau kata tak tahu?! Kau ni kenapa bebal macam ni!" Afif mengambil pen di tangan Arliana lalu mengetuk dahi Arliana. Aduh! Sakit oi!

"Sorry, saya baru je masuk kerja bos. Maafkan saya" Arliana membongkokkan sedikit badannya, tanda dia berasa bersalah sangat. Afif membuat muka menyampah.

"Okay, lepas ni.. aku tak nak pekerja yang lembab macam kau ni! Lain kali tanya jadual aku kat Amelia, dia tahu semua perkara. Lagi satu, harini aku nak kau cancelkan semua mesyuarat yang aku ada. Aku nak dating dengan Qaisarah" Afif berkata sambil menjatuhkan pen di tangannya ke lantai. Dia terus keluar dari pejabatnya.

"Apa salah aku?" Arliana mengambil pen tersebut sambil mengelap air matanya. Kenapa dia masih diperlakukan begini walaupun sudah digelar isteri? Suaminya curang selepas 5 hari berkahwin?

"Tak, aku tak akan menyesal dengan perkahwinan ni" Arliana tersenyum sebelum keluar dari pejabat Afif. "Lia, are you okay?" Amelia terburu-buru ke arah Arliana yang kelihatan baru lepas menangis.

"Eh, Ely. Saya okay. Jangan risau ye?" Arliana tersenyum manis. "Ish you ni. Ely risau tau tengok Lia macam ni. Kenapa menangis? Bos ada buat apa-apa ke?" Amelia menghulurkan tisu kepada Arliana.

"Tak ada apa pun hehe" Arliana cuba untuk gelak. "Okay la. Kalau ada apa-apa, share dengan Ely tau!" Amelia tersenyum mesra. Arliana juga turut membalas senyuman itu.

★★★★★★★★

"Awal kau balik Sara?" Kak Pah, jiran sebelah rumah Qaisarah menegur sapa. "Kak Pah ni, balik lambat salah, balik awal salah. Semua nak tegur" Qaisarah hanya menjeling sebelum mengambil kunci untuk membuka pintu.

"Aka selalu perasan kau bawa lelaki masuk rumah. Siapa lelaki tu?" Kak Pah straight to the point. Sudah lama dia ingin bertanya, tapi tiada masa. Qaisarah pula selalu sibuk.

"Oh, itu k- abang saya" Qaisarah hampir tersasul menyebut perkataan 'kekasih'. "Oh, Qaisarah ada ramai 'abang' ke?" Kak Pah sengaja menekankan perkataan 'abang'.

"Hish Kak Pah ni! Sibuk hal orang je" Qaisarah terus masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Mati kalau Kak Pah tahu hal 'dalam rumahnya' itu!

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now