Bab 41

183 40 0
                                    

"Aduh, sakitnya!" Arliana Qailani memegang perutnya. Sakitnya sampai ke otak! Dia tersilap makan ke semalam?

"Umi, umi okay ke? Kenapa Umi pegang perut?" Alayra Qistina mengambil tempat di sebelah Arliana Qailani.

"Umi okay je, sayang. Tolong ambilkan air suam untuk Umi, boleh?" Alayra Qistina pantas sahaja ke arah dapur.

"Sayang? Kenapa muka pucat sangat ni? Sayang ada sakit apa-apa ke?" Afif yang telah bersiap untuk ke tempat kerja bertanya.

"Ha? Saya okay je. Cuma sakit perut sikit. Janganlah risau" Arliana Qailani cuba untuk menahan sakit itu. Ya Allah! Terasa macam sesak nafas pula!

"You're not okay, sayang. Jom, pergi klinik sekarang. Abang tetap risau tengok sayang macam ni. Teruk sangat pucat tu" Afif jelas terpancar kerisauan pada wajahnya.

"Ish, sikit je ni. Biasalah, lambat makan semalam. Itu je, ataupun tersilap makan. Nanti lepas minum air suam, saya okay lah"

"No, sayang tak okay langsung! Jom pergi klinik" Afif tetap berkeras mahu membawa Arliana Qailani ke klinik berdekatan.

"Tak mahu!" Arliana Qailani pantas sahaja membantah. Seusai itu, Alayra Qistina muncul bersama membawa air suam.

"Nah, Umi"

"Terima kasih, sayang" Air suam itu diteguk Arliana Qailani.

"Hm, abang"

"Apa dia?"

"Abang tak nak saya jadi PA abang balik ke?"

"Takpelah, kerja kat pejabat tu tak banyak mana pun. Sayang rest je lah kat rumah. Ayra perlukan perhatian sayang"

"Hmm okay"

"Abi pergi kerja dulu ye, Ayra?" Kepala Alayra Qistina diusap Afif. Anaknya hanya mengangguk.

Mana Aman Azumi dengan Amin Qamil? Ada kat sekolah tadika! Pukul 8 pagi dah tau, Afif je lambat pergi kerja!

★★★★★

"Mummy!" Arliana Qistina berasa segar setelah menjelang tengahari.

"Ye, sayang. Kenapa ni?" Datin Maria terkejut kerana Arliana Qailani berada di belakangnya.

"Mummy masak apa? Lia nak request something boleh?" Datin Maria memandang wajah Arliana Qailani.

Tiba-tiba nak request pula, selama ni tak ada apa pun?

"Nak request apa tu?"

"Nak bubur ayam. Tapi, nak abang Afif yang masak" Ah, sudah! Afif belum pulang dari pejabat lagi, pukul 4 petang baru pulang.

"Tak nak mummy masak?" Arliana Qialani hanya menggelengkan kepala.

"Okay, Lia call la Afif, suruh dia balik" Arliana Qailani laju sahaja ke biliknya untuk menelefon Afif.

"Budak ni, lain macam" Datin Maria mengacau masakannya.

Mana Bik Mariam? Pergi balik kampung, mak dia sakit. Sebab tu Datin Maria mengambil alih tugasan Bik Mariam.

★★★★★

Dua tiga hari ini, Qaisarah terasa seperti ada orang mengekorinya.

Perasan yang aneh-aneh semua dia rasai. Entah-entah yang mengikutinya seorang perog*l? Perompak? Penculik? Penyamun? Penyangak?

"Hai sayang" Qaisarah terus berpaling. Wajah Zarif jelas berada di hadapannya.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now