Bab 30

261 41 0
                                    

"Alayra Qistina" Afif mengumam perlahan. Sejak kebelakangan ini, dia asyik bermimpi mengenai seorang kanak-kanak perempuan bernama Alayra Qistina.

Telefon Afif berdering. Tertera nama 'budak pulau'. Afif memang sengaja meletakkan nama itu kepada Darbi. Senang sikit nak tahu siapa yang call!

"Ada apa call aku?"

"Lia dah bersalin"

"Wait, bila masa Lia mengandung?"

"9 bulan lepas, ni aku nak bagitahu nama anak kau"

"Siapa? Alayra Qistina?"

"Weh, aku tak bagitahu lagi kau dah tahu? Tepat pula tu. Tahniah, 100 markah"

"Ha? Betul ke?"

"Ye lah, mangkuk! Kau okay tak? Ada rasa muntah-muntah lagi?"

"Dah 2 minggu tak ada. Baru rasa bersemangat nak buat kerja. Ni tak, lemau je muka"

"Baguslah. Ni, aku nak tolong Lia kejap. Kau dengan Sarah macam mana?" Darbi tertawa perlahan mendengar suara Afif yang seperti mahu marah itu. Garang!

"Gila apa? Tak ada siapa dapat ganti tempat Lia dalam hati aku!"

"Eleh, dulu bila Lia ada kat sisi kau, kau buat derk je!"

"Dah la, benda lama kan, aku sepak kau nanti"

"Ye lah, kau sanggup tunggu Lia kan?" Darbi sengaja bertanya demikian, macam lah dia tak tahu perangai Afif!

"Alaaaa 2 tahun je lagi, no hal!"

"Okay, kalau kau dah kata macam tu, bye!"

"Bye" Afif menutup panggilan. Aman Azumi dan Amin Qamil terus menerpa ke arah Afif.

"Abi telefon sapa?"

"Abi telefon Umi eh?"

"Bila Umi nak balik sini?" Aman Azumi dan Amin Qamil menarik-narik tangan Afif.

"Nanti Umi baliklah, jom kita pergi makan!" Afif memaniskan wajahnya. Sungguh, dia juga amat merindui Arliana Qailani.

Dulu, suka marah-marah sangat! Padanlah muka engkau!

★★★★★★

"What?! Zarif dah lari dari penjara?" Qaisarah menggigit bibirnya. Terkejut dengan berita yang baru diterimanya.

"Please, kalau kau ada jumpa dia. Report cepat-cepat kat aku. Kau tahu, ini bukan petanda yang elok" Hakim bersuara dari corong telefon.

"Ye ye, aku akan report. Don't worry" Qaisarah yang sedang mengajar anak-anak kecil mengaji segera menutup telefon.

"Kak Sarah, sapa yang call?" Seorang kanak-kanak perempuan menegur Qaisarah.

"Tak ada siapalah, Siti. Siti teruskan baca okay?" Qaisarah mengusap perlahan tudung Siti.

"Kak Sarah nampak gelisah. Apa kata Kak Sarah mengaji juga? Ustazah pernah kata, kalau kita ada masalah, kita boleh mengadu kat Allah" Siti sangat petah berbicara.

Qaisarah begitu tersentuh dengan sikap Siti itu. Dia tidak seperti kanak-kanak yang lain, dia lebih bersikap rasional dan matang dari segi umur.

"Terima kasih, sayang" Qaisarah tersenyum memandang Siti. Siti meneruskan bacaannya yang terhenti tadi.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now