"Kau kena jadi PA aku" ujar Afif. What the...? Seriously? Afif suruh Arliana Qailani jadi PA? Personal Assistant??? Apakah?
"Kau pekak dah ke? Aku serius ni. Daddy suruh kau jadi PA, bukannya aku nak pun okay" Afif berkata lagi. Oh, Dato' Hasyim yang suruh! Lega hati Arliana.
"Okay awak. Dah kalau daddy suruh. Errr awak memang nak kerja harini ke?" Arliana bertanya. Ye lah, dah pukul 9 pagi, tak kan boss datang lambat pula? Eh tapi dah Afif boss kan? No problem la~
"Kau berangan apa? Ish, memang selalu blur eh? Kena cuci otak kau tu, biar ada 'function' sikit" Afif meluku kepala Arliana. Rasa nak tergelak pun ada, semalam dia bergurau je. Tak sangka bini dia anggap serius. Eh, bini?
"Okay la, saya nak turun. Nak buat breakfast" Arliana segera turun. Kalau lama-lama dengan Afif, boleh sesak nafas dibuatnya! Arliana terus menerpa ke arah Datin Maria.
"Assalamualaikum, mummy" sapa Arliana mesra. Datin Maria memang suka menantunya ni. Sangat peramah! Datin Maria menjawab salam sambil menumis bawang.
"Wah, mummy nak masak apa? Biar Lia tolong" Arliana segera ke arah Datin Maria. Macam nak buat sambal udang je! Bestnya!
"Mummy nak buat sambal udang dengan petai. Eh, tak payah lah tolong. Mana si Afif nya? Tak bangun-bangun lagi ke?" suara Datin Maria ceria. Tidak pernah dia seceria ni!
"Apa mummy ni, Afif mestilah dah bangun. Eh sayang, morning" Afif datang dengan memakai t-shirt putih dan seluar paras lutut. Arliana terkelu. Kenapa Afif suka sangat berlakon ni?
"Morning a..bang" Arliana memaniskan muka. Nanti kalau tak balas, kata isteri derhaka la apa la. Lebih baik Arliana ikutkan sahaja lakonan Afif tu.
"Alolo sweetnya anak mummy pagi-pagi ni. Kenapa eh?" Datin Maria sengaja mengusik. Arliana sudah membahang. Afif hanya berlagak cool.
★★★★★
"Afif, awak termenung apa?" Arliana yang masih membetulkan tudungnya menegur Afif. Afif masih diam membisu, membatukan diri melihat perubahan ketara Arliana Qailani.
"Kau kena sampuk hantu ke pakai tudung ni?" Afif memandang Arliana hairan. Afif terus memeriksa dahi Arliana. Tak panas pun?
"Apa awak ni? Saya okay je. Ada nampak lawa macam artis tak? Zara Zya ke Mira Filzah ehh?" Arliana ketawa kecil. Afif terpesona melihat kecantikan Ariana *okay dah mula dah sesi muntah-muntah!
"Kau pakai tudung sebab nak lawa macam selebriti? Kalau sebab ikut fesyen, baik tanggalkan je lah. Tak baik main-mainkan agama" Zupppp tersentap Arliana buat seketika.
"Apa awak ni, saya memang pakai sebab nak menutup aurat la. Saya kan dah jadi isteri awak. Awak nak tanggung dosa saya ke sebab tak menutup aurat?" Arliana masih melilit tudungnya. Afif pula yang tersentap.
"Jom la. Lambat, aku tinggalkan kau. Naik la teksi" Afif terus keluar dari bilik. Arliana terus mengambil beg tangannya dan segera keluar dari bilik.
"Errr awak..." Arliana memberhentikan langkahnya. Besar betul pejabat ni! Mahu tersesat nanti. Ya Allah, bantulah hambamu ini.
"Apa? Aku dah lambat ni. Kau jangan nak macam-macam. Kita bekerja kat tingkat 17. Nanti Amelia bagitahu selok-belok syarikat ni. Kau ikut je aku" Afif terus ke arah lif.
"Okay. Saya ikut tangga ye?" Arliana terus menuju ke arah tangga. Tidak mahu dia naik lif! Lagipun, naik tangga boleh exercise.
Okay, menyesal naik tangga. Arliana perlu menapak sebanyak 30 anak tangga setiap tingkat! Penat juga la. Manik-manik jernih mula menghiasi muka Arliana.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...