"Aman... Amin" Arliana Qailani menangis melihat foto anak-anaknya. Dia rindu akan kembar itu.
"Tase? (Kenapa?)" Dara duduk di sebelah Arliana Qailani. Dia juga ralit memerhati gambar di tangan Arliana.
"Ni, anak-anak Kak Lia" Arliana Qailani tergelak kecil. Buat masa sekarang, Dara masih tidak memahami bahasa Melayu. Tapi tidak mengapa, lama-lama nanti mesti pandai!
"Dara" Darbi melangkah masuk ke pondok Arliana Qailani. Nasib semasa dia sampai 2 bulan lepas, pondok tersebut masih kosong. Kalau tidak, tak tahulah nak campak mana si Lia ni!
"Awak dah makan?" Arliana Qailani pantas menggelengkan kepala.
"Jomlah makan, kesian awak. Dah sehari tak jamah apa-apa pun" Arliana terus mengikut langkah Darbi.
"Saya nak solat dulu" Darbi mengangguk. Sepanjang 2 bulan Arliana Qailani duduk di pulau ini, mereka lebih tertumpu untuk mendalami ilmu agama.
Walaupun sedikit, namun ia sangat memberi manfaat kepada hampir 100 penduduk pulau itu.
"Hai" Arliana Qailani tersenyum sepanjang berada di meja makan. Buah-buahan digapai sebelum disumbat ke dalam mulut.
Nasib lah ada pelbagai jenis buah, kalau tak! Mahu loya tekak nak makan buah je hari-hari!
"Darbi, malam ni makan ikan bakar boleh? Teringin lah" Arliana masih menyumbat buah epal ke dalam mulutnya.
Jangan tanya mana buah epal tu jumpa, saya pun tak tahu!
"Boleh" Ringkas sahaja ayat Darbi, namun cukup untuk membuatkan Arliana Qailani berasa teruja.
"Terima kasih!" Darbi pula hairan melihat wajah ceria Arliana. Macam tak pernah makan ikan bakar pula, baru semalam dia tangkap ikan!
★★★★★
Afif memicit dahinya. Dah dua tiga hari dia rasa sakit kepala sangat-sangat. Nak muntah, tapi tak ada apa yang keluar pun.
Datin Maria kata mungkin angin, ya betul juga tu. Dia jarang makan, sebab tu sakit kepala kot.
Asyik fikir pasal kerja je! Kerja mengalahkan perdana menteri!
"Afif, tak payah pergi ofis la. Buat kerja kat rumah je" Datin Maria risau melihat wajah Afif yang menahan sakit itu.
"Takpe, mummy. Sikit je ni" Afif masih memegang dahinya. Ye lah, pening kepala ni. Korang lainlah, tak ada kepala. Eh??
"Afif pergi ofis dulu" Afif dengan pantas melangkah ke keretanya.
Sesampainya dia di pejabat, dia terasa ingin memakan sesuatu yang masam. Entah kenapa, pelik juga perasaan itu.
"Amelia, tolong belikan saya pelam muda boleh? Kalau ada sambal kicap, lagi bagus" Afif bersuara di interkom miliknya.
"Baik bos" Amelia hanya menggarukan kepalanya. Tak pernah pula dia melihat bosnya itu suka makan benda-benda yang masam.
"Ni nak pergi mana ni?" Hakim bertanya dengan lagak yang garang. Kecut perut Amelia dibuatnya!
"Nak.. beli pelam muda untuk bos" Amelia terus beredar dari situ. Hakim juga berasa pelik dengan sikap Afif itu.
"Yow bro!" Hakim memulas tombol pintu pejabat Afif. Afif masih tekun menyiapkan kertas cadangannya untuk diberikan kepada syarikat terkemuka.
"Apahal datang sini?" Afif hanya bersuara tanpa melihat Hakim.
"Kau ada rasa muntah-muntah tak?" Hakim terus bertanya soalan sejurus selepas masuk ke dalam pejabat Afif.
"A...da... kenapa?" Tergagap-gagap Afif berkata.
"Kau ada rasa sakit kat perut tak?"
"Ada juga, kenapa?" Cuak pula Hakim tanya macam tu.
"Kau migrain tak? Pening kepala?"
"Adaaa, kenapa tanya banyak soalan ni?"
"Kau...kau pregnant ke?!" Hakim jelas kelihatan terkejut di situ.
"Oi mangkuk, aku lelaki la! Mana boleh mengandung!" Sabar je lah layan kerenah Hakim itu. Nasib kawan baiknya sendiri!
"Dah tu, tu simptom orang mengandung, kau tahu?" Hakim bermain-main dengan jarinya sendiri.
"Errr...." Afif mula teringat akan Arliana Qailani...
Adakah kebetulan atau suratan???
★★★★★★
"Argh bosannya!" Arliana Qailani menjerit di hadapan laut. Bergema suaranya berulang-ulang kali.
"Bosan? Pergilah main pasir dengan budak-budak tu" Darbi sengaja menyakat Arliana Qailani.
Kelihatan budak-budak sedang seronok bermain pasir. Ada yang bina istana pasir, ada yang tanam kakinya ke dalam pasir. Awww rindunya zaman kanak-kanak!
"Ish, dia ni! Kita bukan budak-budak la" Arliana Qailani menukar suaranya menjadi kanak-kanak.
"Buruklah suara macam tu!" Darbi mengekek ketawa memandang Arliana Qailani.
"Dah la, orang tengah bosan ni! Eh, pondok tu kenapa berkunci eh?" Darbi memandang arah jari telunjuk Arliana terhala.
Pondok itu! Darbi menyembunyikan senyumannya.
"Rahsia" Perkataan itu sahaja terluah dari mulut Darbi.
"Kenapa rahsia? Memang tak nak bagitahu saya ke?" Darbi menggelengkan kepala.
"Betul ni?" Sekali lagi, Darbi menggelengkan kepala
"Mana satu ni? Nak bagitahu ke tak nak!" Darbi masih menggelengkan kepala. Tak sakit tengkuk ke Darbi oi?
"Dah la, pergi berehat!" Darbi terus melangkah meninggalkan Arliana Qailani.
"Ish?!" Arliana Qailani menghantar isyarat menggunakan ekor mata sahaja.
"Lagi berapa hari eh?" Arliana Qailani berkira-kira dengan jarinya.
"916 hari lagi?! Argh bosan!" Arliana Qailani menepuk dahinya.
Sedar tak sedar, dah 3 bulan dia menetap di pulau tersebut.
Ada yang hendak tahu nama pulau ni? Pulau ini diberi nama Pulau Sohot, yang membawa maksud kebaikan manakala pulau bertentangan diberi nama Pulau Sahet, yang bermaksud kejahatan.
Kenapa kembar Darbi menjadi jahat? Kerana ayah mereka lebih mengutamakan kehendak Darba berbanding Darbi, sehingga kembarnya menjadi seorang yang manja.
Dan juga seorang pembunuh! Ibu Darbi sendiri telah dibunuh oleh Darba! Kejam kan? Tolong cakap yang dia kejam, sebab aku nak bunuh dia pula!
Sekarang dia hanya memiliki Dara, adiknya. Yang lain juga merupakan ahli keluarganya, namun tidaklah rapat mana.
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Monday
26/7/2021Holla! Harini kita berkenalan sikit dengan character baharu! Darba wuu👀
Yeay, saya akan cuba siapkan cerita ni secepatnya 😂
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...