"Afif!" Arliana Qailani terpempan. Dirinya ditolak oleh Afif ke tepi jalan. Afif kini berada di tengah-tengah jalan raya.
"Abang..." Arliana Qailani menangis. Wajah Afif kini berlumuran dengan darah.
"N-nasib.. a-abang.. sem-sempat selamatkan s-sayang" Afif berkata dengan bibirnya yang berdarah.
"Abang, jangan banyak cakap. Nanti ambulans datang. Abang tolong kuat, untuk anak kita" Arliana Qailani memangku Afif di atas ribanya.
"Ab-abang mi-minta m-maaf. K-kalau abang ad-ada b-buat salah" Afif menutup matanya.
"Abang! Jangan tinggalkan saya!" Arliana Qailani menyentuh pipi Afif.
"Afif! Bangunlah! Tak kelakarlah buat saya macam ni" Arliana Qailani mengalirkan air mata.
"Tolong lah bangun. Jangan tinggalkan saya dengan anak-anak" Arliana Qailani masih menangis.
Ambulans datang 10 minit kemudian. Mereka di bawa ke hospital berdekatan.
"Afif, tolong bertahan, please" Arliana Qailani menolak stretcher sehingga di luar wad ICU.
Dato' Hasyim, Datin Maria, Puan Qarmila dan Encik Asyraf tiba di hospital setelah Arliana Qailani menelefon mereka.
"Macam mana dengan Afif?" Datin Maria memeluk bahu Arliana Qailani.
"Semua ni salah Lia. Lia tak peka. Kereta tu pandu laju sangat" Dia berbohong. Dia tahu ini semua kerja Zarif!
Akan ada sebuah kereta, dia tengah tunggu nak langgar kau bila-bila masa je.
Tapi, aku rasa macam tak best pula kalau kau yang mati
"Zarif!" Arliana Qailani berkata perlahan.
"Apa dia, sayang?" Arliana Qailani menggeleng kepala apabila Datin Maria bertanya.
"Lia nak keluar kejap eh? Nanti Lia datang balik" Arliana Qailani kelam kabut keluar dari hospital.
★★★★★
"Hakim" Seperti biasa, Hakim akan ke mana-mana sahaja dengan Siti Rubiah.
Macam belangkas!
"Kenapa?"
"Macam mana Zarif boleh keluar dari penjara?"
"Aku tak tahu. Tapi aku rasa, dia ada orang dalam"
"Dia langgar Afif"
"What?!" Siti Rubiah mencelah perbualan antara Hakim dan Arliana Qailani.
"Dia langgar Afif, saya tahu itu Zarif" Arliana Qailani menjelaskan perkara yang terjadi tengah hari tadi.
"Apa nombor plat dia? Kau ada catat atau ingat?"
"Hmm... WPA 7902" Arliana Qailani memandang ke atas. Macam ragu-ragu je nombor tu.
"Ha, aku tahu!"
"Apa?" Siti Rubiah memandang Hakim. Semuanya dia tahu, apa je dia tak tahu? Berak?
"Itu kereta Qaisarah. Dia boleh jadi saksi kita. Zarif ni, buat kerja tak clean" Hakim tersenyum sinis.
"Dah tu, apa tunggu lagi? Kita pergi sana cepat"
"Saya pergi hospital balik lah. Korang dua je pergi"
"Hmm, jom Kim" Siti Rubiah pantas sahaja masuk ke dalam kereta.
"Diorang ni, cepat-cepat lah buat kenduri kahwin" Arliana Qailani tersenyum.
★★★★★
"Sarah!"
"Sarah!"
"Saraaaah!" Setelah 3 kali memanggil namanya, barulah Qaisarah muncul dari dalam rumah.
"Kenapa ni? I ada buat salah apa-apa ke?" Qaisarah cuak apabila ada dua orang pegawai polis bersama-sama Hakim.
"Tangkap dia" Hakim sengaja mengusik Qaisarah. Dua orang pegawai polis yang diupah oleh Hakim mahu menggari tangan Qaisarah.
"Jap, kenapa? I buat salah apa? Hakim?!" Qaisarah mahu menangis.
"Kau didapati bersalah kerana cuba untuk membunuh. Kau lupa, kau yang langgar Afif? Guna kereta kau sendiri? Bodoh juga ya kau ni? Kau akan dikenakan hukuman gantung sampai mati!" Hakim masih bersuara tegas. Suka dia melihat wajah kalut Qaisarah.
"Kim, dengar I nak explain dulu. I tak bersalah pun! Ni semua salah..."
"Jangan cuba nak tipu kami. Sila ikut kami ke balai sekarang" Pegawai yang diupah cekap sahaja melakukan kerjanya.
Qaisarah memandang sekeliling. Dia cuba untuk menipu ketika ini. Kebetulan pula, Kak Pah baru sahaja keluar dari rumahnya.
"Ni bukan kereta saya tuan! Ni kereta Kak Pah, jiran saya! Kak Pah! Ni kereta akak kan?" Qaisarah mencari akal.
"Lah, dah depan rumah kau. Kenapa kereta aku pula? Kau ni, Sarah. Tak serik-serik ke buat kerja kotor ni? Bila nak bertaubat? Pintu neraka selangkah je dengan kau ni. Ish Ish Ish" Kak Pah menahan ketawa.
Walhal dia sudah mengetahui plan Hakim and the gang.
"Kak Pah! Saya tak salah, kak Pah! Suruh diorang ni pergi!" Qaisarah meronta-ronta apabila dirinya kini telah digari oleh pegawai polis itu.
"Tak apa, nanti akak lawat kau kat penjara ya?" Kak Pah ketawa geli hati.
"Kak Pah! Sampai hati! Tolong saya lah!" Qaisarah akhirnya dibawa masuk ke dalam kereta polis.
"Adui Qaisarah ni. Suspen sungguh gayanya. Kesian betul, kena prank teruk sangat" Kak Pah ketawa sendirian.
★★★★★
"Kenapa tak bagitahu plan Zarif yang ni?" Qaisarah mendengus.
Tak pasal-pasal dia buat perangai budak-budak depan Kak Pah tadi, rupanya kena tipu je!
"Manalah I tahu. Dia tiba-tiba rancang nak langgar Lia. I tak terfikir pun kerja gila ni!" Qaisarah bersandar di kerusi.
"Mana Zarif?"
"Dia tahu I hubungi you. Jadi dia larikan diri. Tapi, I dah letak penjejak lokasi kat telefon dia"
"Bagus kerja kau. Nanti kau keluar dari sini, bolehlah buat drama sebabak air mata kau tu" Hakim mengekek ketawa.
"Kurang ajar eh! Kalau bukan sebab you dengan dua pegawai palsu tu, I tak akan buat perangai budak-budak depan Kak Pah!" Qaisarah masih tidak berpuas hati.
"Sudahlah, kau boleh keluar. Cari jejak Zarif sampai jumpa. Kalau tak, kau yang masuk penjara nanti!" Qaisarah menganggukkan kepala.
Bilalah dia boleh pergi London dengan tenang kalau macam ni?
"Kalau dia masih ada kat rumah I. I akan call you cepat-cepat" Hakim pula menganggukkan kepala.
Qaisarah keluar daripada bilik penyiasatan itu. Kesemua anggota polis memandang ke arahnya.
"Apa? I bukan pesalah okay!" Masing-masing ketawa melihat telatah Qaisarah.
Tak pernah-pernah orang keluar dari bilik penyiasatan kata dirinya tak bersalah.
Adui, Qaisarah... Qaisarah!
🌻🌻🌻🌻🌻
Thursday
26/8/2021Kak Pah jarang tak kelakar😂
Jangan lupa vote and comment ❤️
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...