Bab 17

229 51 22
                                    

Afif melihat anak-anaknya itu. Aman Azumi mengiring ke kiri manakala Amin Qamil mengiring ke kanan. Macam-macam hal betul kembar ni!

"Kenapa Umi buat abah macam tu?" Afif mengusap pipi Aman dan Amin. Nyenyak betul tidur!

"Hmm tak nak la korang panggil abah. Nampak macam tua sangat. Panggil abi la! Okay tak?" Afif tersenyum melihat anak-anaknya itu.

"Kenapa Umi tak masuk bilik lagi?" Afif melihat jam di meja tepi katil. Sudah pukul 12 tengah malam.

Walaupun dia tidak bertegur sapa dengan wanita itu, namun dia masih menyayanginya.

"Takpelah, abi nak tidur dulu. Goodnight anak-anak abi" Afif mula melangkah ke arah katil. Sempat dicium dahi anak-anak kembarnya itu.

★★★★★★

"Mummy, kita beli barang dapur nak? Barang dapur kat rumah mummy ni dah nak habis!" Siti Rubiah memberitahu dengan suaranya yang manja.

"Betul juga. Jomlah kita siap ramai-ramai" Datin Maria yang baru sahaja selesai makan berkata. Yang lain hanya mengangguk.

"Kau tinggal kat rumah je" Afif berbisik kepada Arliana Qailani. Arliana mengangguk perlahan.

Setelah mereka bersiap, Datin Maria hairan melihat Arliana Qailani masih berada di dalam bilik.

"Sayang, jom la keluar sekali" Datin Maria memasuki bilik tersebut.

"Takpelah mummy. Lia nak jaga anak-anak Lia. Kesian Bik Mariam nanti" Arliana Qailani senyum segaris.

"Ye lah kalau macam tu, nak apa-apa tak? Mummy belikan?"

"Nak aiskrim vanilla" Arliana tersenyum sahaja.

"Okay. Dah besar kan cucu-cucu nenek ni? Nak dekat 2 tahun dah" Datin Maria sempat membelai manja kedua-dua cucunya itu.

"Ye lah mummy, hehe" Arliana Qailani cuma tersenyum sahaja. Datin Maria mula mengatur langkah keluar dari bilik tersebut.

Tidak sampai beberapa minit, kedengaran ketukan dari pintu utama.

"Eh, sekejap nya diorang pergi. Bik Mariam, jaga anak-anak Lia kejap. Lia nak buka pintu" Arliana Qailani menjerit lantas turun ke tingkat bawah.

Terkejut dia tatkala wajah Afif yang menjamah pandangan matanya.

"Eh....cepatnya balik. Ma- mana barang-barang? Kenapa...awak b- balik se...orang je?" Tergagap-gagap Arliana Qailani menuturkan bicaranya itu.

"Kau perempuan tak guna! Aku ceraikan kau dengan talak satu" Anak mata lelaki yang berwarna biru cair ditatapnya.

Arliana Qailani terkebil-kebil. Berjujuran air mata keluar.

"Apa salah saya? Kenapa awak ceraikan saya? Awak tak pernah nak dengar penjelasan saya. Awak dah janji nak percayakan saya. Apa awak dah buat sekarang ni?" Arliana menyeka air matanya kasar. Lelaki di hadapannya hanya mendiamkan diri.

"Takpelah, saya pergi dulu. Jaga anak-anak elok-elok. Assalamualaikum" Arliana Qailani berlari naik ke atas lalu mengemas barang-barangnya.

Semua benci akan dirinya, cuma seorang je sayang Arliana.

Ye, Nek Rah... Lia datang!

Bik Mariam memandang sayu wajah Arliana Qailani. Dia jatuh suka akan perwatakan Arliana yang lemah-lembut dan penyayang.

"Bik Mariam jaga anak-anak saya baik-baik tau! Nanti kalau diizinkan Allah, saya datang jumpa mereka lagi" Arliana menyalam tangan tua Bik Mariam.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now