"Ya Allah!" Mulutnya segera ditekup oleh Pak Tam.
Masih ingat Pak Tam? Lelaki tua gatal di kampung tu?
"Diam! Sebelum aku cederakan kau!" Arliana Qailani menangis.
"Diamlah! Jangan menangis" Arliana Qailani mula menggigit tangan Pak Tam.
"Aduh, sakitlah syaitan!" Pak Tam menjerit. Arliana Qailani pantas sahaja masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci dari dalam.
"Kau nak pergi mana, sayang?" Pak Tam tersenyum lebar. Macamlah susah sangat nak pecahkan pintu bilik tu!
"Ya Allah, selamatkan kau" Arliana Qailani menangis di dalam bilik.
Bukan dia tidak kenal sikap Pak Tam! Habis semua perempuan dia mahukan!
"Buka pintu ni, sebelum aku pecahkan!" Pak Tam mengetuk pintu bilik tersebut dengan sekuat hati.
"Ya Allah, aku takut. Selamatkan aku. Ya Allah" Arliana Qailani tidak henti-henti berzikir, menyeru nama Allah SWT.
★★★★★
Kereta Afif tiba di hadapan rumah Nek Rah tepat pada masanya.
"Kenapa pintu tak berkunci ni?" Afif kehairanan.
"Buka pintu ni, sebelum aku pecahkan!"
Afif terdiam seketika. Kenapa ada suara lelaki dalam rumah ni? Siap menjerit pula tu
"Eh, bukan mika ada dalam rumah ke?" Mak Wan menyapa Afif.
"Mak Wan. Siapa kat dalam? Saya baru sampai ni" Afif berpaling ke arah Mak Wan.
"Ya Allah, tu mesti Sham! Kita kena cepat" Mak Wan mengucap panjang. Orang tua tu, tak serik-serik!
"Sham?" Afif sudah naik berang. Mungkin orang di dalam masih tidak mengetahui bahawa ada orang diluar.
"Mak Wan, panggil orang kampung. Biar mereka belasah si Sham tu!" Afif mengambil ranting kayu yang berada di luar rumah.
"Woi!" Afif masuk ke dalam rumah. Pak Tam kelihatan terkejut sekali.
"Kau buat apa dalam rumah ni?!" Afif mendengus. Ingatkan 'Sham' tu budak kampung.
Rupanya orang tua.
Orang tua tak sedar diri!
Nak mati pun tak reti bertaubat!
"Suka hati aku lah! Kenapa kau masuk dalam rumah ni?! Jangan kacau urusan aku dengan budak perempuan ni!" Pak Tam kelihatan berang sekali
"Rasa ni!" Afif melibas ranting kayu ke kepala Pak Tam.
"Tak guna!" Pak Tam memegang kepalanya. Rasa berpijar sekarang ni.
"Pergi balik! Jangan kacau isteri aku! Aku boleh dakwa kau dengan cubaan mer***l!" Pak Tam menjeling sahaja ke arah Afif.
"Rasa ni pula!" Pak Tam menumbuk pipi Afif. Afif tersungkur jatuh ke bawah.
"Ya Allah, Syam! Sudah-sudahlah tu!" Mak Wan tiba dengan membawa orang kampung.
"Tak guna! Kitorang dah lama perati kau ni! Selalu buat masalah dalam kampung ni! Baik kau blah je lah dari kampung ni" salah seorang pemuda berbaju kelabu bersuara.
"Itu lah, dah tua masih tak sedar diri!" seorang pemuda memakai cermin mata pula menyokong.
"Mari kita belasah dia cukup-cukup!" Mereka semua masuk ke dalam rumah untuk belasah Pak Tam.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...