"Arghhhh stup**!" Qaisarah membaling pasu bunga di hadapan matanya. Kalau boleh nak buang je semua benda yang membuatkan dirinya berjauhan dari Afif, termasuk ARLIANA!
"Mati kau! MATI!!!! KAU TUNGGU!! ARGH!!!" Habis bersepah barang. Apa yang ada dicapai oleh Qaisarah semua dibaling.
"Aku bersusah payah nak dapatkan dia, sekali kau datang...dia terus tinggalkan aku" Qaisarah masih membaling apa yang dapat dicapai olehnya.
"Pergi mati!!!!!!!!!!!!!" Qaisarah terjatuh di atas lantai. Zarif yang baru sahaja datang terus menerpa ke arah Qaisarah.
"You, kenapa ni? Habis barang-barang mahal you!" Zarif menggoncang tubuh Qaisarah. Apa kehe minah ni pagi-pagi buta dah mengamuk?
"I benci Arliana! Dia selalu dapat apa yang dia nak! I langsung tak dapat apa-apa!!!" Qaisarah menangis dalam pelukan Zarif.
"Sayang, don't worry too much. Sikit je lagi, Afif akan berada dalam genggaman you" Zarif mengelus lembut pipi Qaisarah.
"You hanya perlu ikut arahan I je, okay sayang?"
Qaisarah hanya menangis...
★★★★★★
"Abang, jom keluar jalan-jalan nak?" Arliana memerhati Afif di bilik kerjanya. Kat pejabat kerja, kat rumah pun kerja! Tak boring ke?
"Nak pergi mana? Aman dengan Amin macam mana?" Afif memandang wajah Arliana. Arliana memanggil Datin Maria lantas memeluk lengannya.
"Mummy ada, mummy boleh jaga Aman dan Amin kan mummy???" Arliana mengelipkan matanya berulang kali. Datin Maria hanya tergelak.
"Mestilah boleh sayang, ha Afif! Jangan tak ada masa pula dengan Lia. Mummy sekeh kepala kamu nanti" Datin Maria menunjukkan penumbuknya kepada Afif.
"Uuu, you scared me~" Afif cuma tergelak kecil. Afif mengambil dompet dan kunci motornya. "Jom!" Afif menarik tangan Arliana.
"Abang...." Arliana kehairanan. Dia ni...
"Apa? Sayang tak nak naik motor? Kita dua je, malas nak naik kereta" Afif memulas kedua belah tangannya seolah-olah dirinya sedang membawa motor.
"Abang ni, makin pelik" Arliana ketawa. Dalam hati teruja sangat-sangat dapat naik motor bersama suami yang tercinta, cehwah ayat aku •~•
Mereka menaiki motor ke sebuah taman berdekatan dengan rumah. Alaa ingat nak bawa pergi mana tadi, kat sini je?!
"Abang, kenapa bawa sayang pergi sini?" Arliana memuncungkan bibirnya. Pakai lawa-lawa pergi taman je? Dah la depan rumah je!!!
"Abang nak release tension jap, nanti kita pergi makan kat kedai mamak okay?" Afif mencubit hidung Arliana. Habis merah hidung Arliana!
"Abang! Sakit la! Eee kalau macam tu baik saya balik je lah" Arliana mengatur langkah untuk pulang. Tak sampai 10 minit keluar dah nak balik rumah? Ish ish ish...
"Arliana!!!!" Afif segera menarik Arliana. Sebuah motorsikal laju sahaja membelah jalan membuatkan Arliana terkedu.
"Kenapa degil sangat! Ada aku suruh kau balik ke? Kau ni!! Menyusahkan orang je" Afif membetulkan posisinya. Sikit lagi, Arliana akan kena langgar!
"Saya.... minta maaf" Arliana segera bangkit lalu berlari ke rumah. Selang dua buah rumah dia sudah sampai.
"Sayang? Why??" Datin Maria yang sedang mendukung Aman bertanya. Arliana terus naik ke bilik.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...