Bab 47

259 40 0
                                    

"Lia, kamu okay tak ni?" Datin Mariam melihat sahaja menantunya mendongak ke langit.

"Okay je mummy..." sayu sahaja suara Arliana Qailani. Dia memegang sarung tangan kepunyaan Atiq Amri.

Belum sempat dia menyarungkan ia kepada Atiq Amri, tapi Atiq Amri sudah dijemput Ilahi.

"Sudah-sudahlah tu, sayang. Mummy tak suka tengok menantu mummy lemah semangat macam ni. Siapa nak jaga Ikin dengan Fiq?" Datin Maria begitu risau akan Arliana Qailani.

"Bik Mariam ada. Biarlah Lia kat sini, Lia rindu Amri" Arliana Qailani menangis perlahan. Dia kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan Atiq Amri.

"Tapi, Lia kena menyusu Ikin dengan Fiq. Kesian diorang lapar" Datin Maria cuba memujuk menggunakan nama anak-anak Arliana Qailani.

"Mummy tak faham! Mummy tak pernah kehilangan anak mummy!" Arliana Qailani menjerit sedikit. Diusap lembut sarung tangan itu.

Datin Maria jelas terkejut kerana inilah pertama kali Arliana Qailani menengking ke arahnya. Tapi, dia tahu Arliana Qailani tidak sengaja.

"Nak tahu something tak? Mummy dulu pun ada anak perempuan" Arliana Qailani berhenti menangis. Dia menjadi tekun mahu mendengar cerita itu.

"Mummy sayang sangat dia. Kalau dia masih hidup sekarang... umur dia dah 20 tahun" Datin Maria tersenyum tipis. Cuba untuk tidak mengalirkan air mata.

"Dia seorang anak yang kuat. Dia tak pernah bagitahu kami dia ada kanser hati. Sampai lah umur dia 10 tahun, dia menderita sangat-sangat. Dia terpaksa ulang-alik ke hospital. Keadaan dia lemah sangat masa tu. Dia dah ada kanser sejak umur dia 8 tahun. Dia tak nak susahkan mummy and daddy, jadi dia tak bagitahu kami tentang penyakitnya" Datin Maria berasa lega kerana Arliana Qailani mendengar ceritanya.

"Ayat last yang dia kata kat mummy 'tolong jagakan abang-abang macam mana mummy jagakan Qas selama ni' lepastu dia meninggal dunia" Datin Maria mengelap air mata yang gugur. Tidak sedar bila air matanya gugur.

"Sampai saat terakhir dia pun, dia tetap ambil berat tentang abang-abangnya berbanding diri dia sendiri" Datin Maria masih tersedu-sedan.

"Siapa nama dia?" Arliana Qailani mencelah.

"Qasidah" Datin Maria menjawab. Arliana Qailani mengangguk kepala.

"Kalau nak tahu, AQ Holding diambil sempena nama anak-anak mummy. Athif, Afif dan Qasidah. Syarikat tu pun dah berusia 20 tahun, sama macam umur Qasidah" Datin Maria tersenyum sahaja.

"Mummy kuat, lagi kuat dari Lia. Lia minta maaf mummy, dah sebulan Lia macam ni. Lia cuma tak sangka, anak Lia terpaksa berkorban demi Lia" Arliana Qailani memeluk erat Datin Maria.

"Lia kuat, mummy percayakan Lia. Cepat sembuh ye sayang?" Datin Maria akhirnya keluar dari bilik Arliana Qailani. Cuba memberi ruang untuk menantunya.

Dia yakin, Arliana Qailani cuma terkilan sedikit. Dia tidak menyangka Atiq Amri terpaksa meninggalkan dirinya.

Datin Maria berdoa supaya Arliana Qailani cepat sembuh. Cepat sedar dari bayangan hitamnya.

★★★★★

"Mummy" Panggil Arliana Qailani.

"Ada apa, sayang?" Datin Maria lega apabila Arliana Qailani sudah mahu bercakap dengannya.

Ini suatu perubahan yang baik!

"Lia nak balik kampung boleh? Lia nak tenangkan fikiran" Arliana Qailani cuma tersenyum kecil.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now