Beginilah rutin hariannya setelah mengandung, Datin Maria akan datang menjenguknya setiap pagi. Petang pula Afif akan pulang ke rumah awal.
"Awak tak nak buat yang tu"
"Awak duduk diam-diam je"
"Awak"
"Awak!!!"
Itulah bunyi-bunyian Afif. Suruh dia duduk diam, diam, diam! Dia sudah bosan duduk di sofa sambil menonton televisyen.
"Abang, nak burger" Arliana merengek manja tatkala melihat Afif di hadapan pintu rumah. "Tak elok untuk kesihatan. Biar abang yang buat ye?" Afif masih tersenyum, biarlah dia penat untuk isterinya sorang ni.
"Nak yang kedai punya...." Arliana memuncungkan mulut. Dah serupa mulut itik! "Tak boleh!! Tak sihat!" Afif bercekak pinggang. Nasib isteri!
"Sejak bila jadi doktor pakar kesihatan pula ni?" Arliana masuk ke biliknya. Merajuk sebab tak beli burger!
"Aduh, awak..." Afif mengetuk pintu biliknya. Bukan dia tak tahu Arliana mengandung, tapi dia tetap tak nak layan kerenah Arliana.
Semalam dimintanya keropok lekor tengah-tengah malam. Mana nak cari?? Harini minta burger pula. Orang nak tolong buatkan tak nak.
"Abang masak tak sedap" Arliana mengunci pintu bilik dari dalam. Sengaja mahu layan rajuknya itu. Rasakan!
"Alaa Lia, nanti abang masak la sedap-sedap. Burger je kot! Bukannya masak lemak cili api" Afif masih gigih mengetuk pintu.
"Okay, nak ikan keli masak lemak cili api" Arliana menyembunyikan senyumannya. Sengaja mahu menduga Afif.
Afif sudah menepuk dahi. "Aduh mulut, kenapa tak sayang badan ni? Sekarang macam mana nak masak ikan keli pula ni?" Afif berbisik perlahan.
"Tak nak kawan abang kalau abang tak masak"
"Okay-okay. Awak tunggu kat dalam bilik" Afif terus ke dapur. Sekarang, dia cuma perlu minta tolong seseorang.
Mummy. Ye!!! Datin Maria. Afif segera mencapai telefon rumah. Dia terus menghubungi Datin Maria. Talian bersambung...
"Hello mummy!"
"Ye, kenapa ni?"
"Mummy kena tolong Afif!"
"Tolong? Tolong apa?"
"Lia, dia nak makan ikan keli masak lemak. Afif kena buat apa ni?"
"Oh, senang je..."
★★★★★
"Yeay, siap pun!" Afif tersenyum melihat ikan keli yang dimasaknya sebentar tadi. Lega akhirnya. Dia ke bilik tidur mereka.
"Arliana, buka la pintu ni" Afif mengetuk pintu tersebut berkali-kali. Dah mana pula si Arliana ni? Dia dah siap masak kot!!
"Ish Lia..." Afif memulas tombol pintu itu. Eh, tak kunci? Afif terus masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan Arliana telah lena dibuai mimpi.
"Eee budak kecik ni, dia boleh tidur pula" mahunya tak tidur. Dah dekat sejam Arliana tunggu dia masak. Afif meletakkan dulang di atas meja di sudut bilik. Afif membelai rambut Arliana.
"Awak...bangun makan" Afif mengejut Arliana setelah lama mengusap rambutnya. Arliana merengek manja.
"Awak, bangunlah. Abang dah buat ikan keli masak lemak ni" Afif masih mengejut Arliana. Arliana tersenyum, tapi masih menutup matanya.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...