Bab 28

197 40 1
                                    

"Abang Afif!" Siti Rubiah terpaksa mengalah apabila Afif merampas remote tv dari tangannya.

"Janganlah kacau Ruby tengok cerita!" Siti Rubiah tetap tidak berpuas hati apabila Afif menukar siaran.

"Aku nak tengok drama ni! Janganlah sibuk! Pergi main masak-masak" Afif terus menukar siaran kepada TV3. Cerita yang bertajuk 'Terbaik Buatku' di siarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

"Aik, bila masa abang Afif layan drama pula ni?" Siti Rubiah memandang hairan ke arah Afif.

"Ish, aku tengok cerita ni dari episod 1 la! Ni dah episod 35!" Afif tekun melihat skrin televisyen di hadapannya.

"Serius lah! Budak yang takut kalkulator dia hilang dulu, sekarang kaki drama? Amazing!" Siti Rubiah rasa hendak tergelak pula melihat Afif yang fokus menonton drama itu.

"Apa salahnya? Eh, mesti perempuan tu mati kan episod last nanti?" Afif mula memikirkan apa yang bakal terjadi pada episod terakhir.

"Ye lah, sebab suami dia sendiri yang khianat dia. Dah berjanji untuk setia bersama, alih-alih suami dia tak percayakan dia pula. Entah apa-apa suami dia tu"

Siti Rubiah sempat menyindir abang sesusuan nya itu. Afif berasa tersentap. Dia terus naik ke biliknya.

"Alahai, cakap sikit pun dah sentap. Menyampah betul. Kalah perempuan! Pondan ke abang Afif ni?" Siti Rubiah terus menukar siaran televisyen itu. Cerita drama? Not my taste!

Cuma dia suka melayan drama bersama Datin Maria. Ada geng baru syok membawang!

Telefon Siti Rubiah berdering. Siti Rubiah pantas sahaja mencapai telefonnya.

"Hello? Kau nak apa ni?" Siti Rubiah mengeluh perlahan apabila menjawab panggilan Hakim

"Wei, kau goyang kaki je eh kat rumah! Aku tahu Lia kat mana sekarang ni"

"Alaa setakat tahu dia kat mana, aku pun tahu lah! Tak payah bagitahu pun aku dah tahu" Siti Rubiah mencebik.

"Wahai Rubyku yang disenangi, sila datang ke cafe sekarang juga! Aku bagi location. Kau lambat, aku sumpah kau jadi andartu! Biar tak payah kahwin sampai tua!"

"Woi! Aku nak kahwin la" Siti Rubiah merengus. Kurang asam punya Hakim sotong!

"Ish, geramnya!" Siti Rubiah terpaksa bersiap tanpa kerelaannya. Mulutnya tak habis-habis menyumpah seranah Hakim!

Apabila sampai di lokasi yang diberikan oleh Hakim, Siti Rubiah sudah nampak keberadaan Hakim.

"Ha, nak apa jumpa aku? Nak tengok cerita pembunuhan pun susah!" Siti Rubiah berkata dengan malasnya.

"Ni, aku jumpa satu pulau! Pulau ni gempak gila lah!" Hakim menghulurkan gambar kepada Siti Rubiah.

"Kau nak pergi bercuti ke? Apa kaitannya pula dengan Kak Lia?" Siti Rubiah memang tak faham langsung kaitan pulau tu dengan Arliana!

"Ha, ni yang kau tak tahu! Arliana Qailani ada kat pulau ni! Pusaran air tu bawa dia ke sini" Hakim memberi gambar tersebut kepada Siti Rubiah.

"Oh, itu je kau nak bagitahu? Boring! Aku pun dah tahu la, heh!" Siti Rubiah memperli Hakim.

"Hmm ye lah" Hakim mengambil semula gambar-gambar tersebut.

"Eh, ni buku apa eh?" Siti Rubiah mahu mengambil buku berwarna hitam itu, tapi tangan Hakim lebih pantas menghalangnya.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now