"Woi! Kau nak tolong aku tak?" Afifah Qasrina yang tengah lipat baju hanya menganggukkan kepala.
"Aduh, Fia ni kenapa? Tak ada kerja lain ke sampai nak cekik leher orang?" Afifah Qasrina memang tak suka orang pegang leher dia. Rasa sakit, tak geli langsung!
"Hehe, aku ingat nak buka kedai bakeri! Agak-agak, kita boleh maju tak?" Dah setahun sebenarnya dia menghabiskan pelajaran, tapi entah kenapa dia terperuk dalam rumah je!
"Betul ke ni? Umur kita baru 22 tahun, rasa macam muda sangat kalau nak buka kedai kek" Afifah Qasrina kurang setuju dengan kembarnya.
"Alaa cuba-cuba je lah! Duit modal aku dah ada. Untung setahun ni aku kerja kat kedai makan. Jom lah, usahakan sekali dengan aku. Kan senang nanti, kita-kita je untungnya" Afiya Qasyrina terpaksa jua memujuk kembarnya.
Dia memang tak akan berniaga seorang diri. Takut plus dia kurang mahir berniaga sebenarnya!
Dengan adanya Afifah Qasrina, dia dapat membantu dari segi kewangan dan juga promosikan kedai.
"Okaylah, aku setuju. Tapi, Ifa nak kita kongsi duit hasil jualan dengan adil okay? Kalau nak upah pekerja, lepas je bayar gaji diorang, untung kena bahagi separuh. Setuju?"
"Ye lah, duit semua kat tangan kau. Kau jangan risau okay?" Afifah Qasrina tersenyum lebar.
Duit dia yang pegang! Wuhuuu, kayo pakcik!
"Baguslah anak-anak ayah nak mula berniaga. Nanti kalau dah berjaya, jangan lupa kongsi rezeki dengan orang lain. Buat kerja-kerja amal sekali sekala" Encik Asyraf berasa senang hati melihat anak-anaknya mahu berniaga.
"Insya Allah, ayah" Afiya Qasyrina berasa teruja, lantas dia tolong melipat baju sekali.
"Eh, ini kan baju aku. Kenapa kau nak lipat pula?" Afifah Qasrina merampas kembali baju yang dipegang oleh kembarnya.
"Apa salahnya? Aku tengah happy ni! Aku dah jumpa satu kedai kosong untuk dibuat bakeri! Mak kawan aku punya kedai. Dia dah nak jual kedai tu, jadi aku belilah. Tempat pun strategik, memang orang akan lalu-lalang kat situ"
Afiya Qasyrina ralit bercerita mengenai tempat yang mereka akan jalankan perniagaan menjual kek dan manisan nanti!
Tanpa mereka sedari, Encik Asyraf telah tersenyum lebar. Dia juga tidak sabar mahu menunggu anak-anaknya berniaga!
★★★★★
"Okay, inilah kedai kita! Cantik kan?" Afifah Qasrina pula berasa teruja apabila melihat kedai setinggi dua tingkat itu.
"Lawa lah kedai ni! Mesti mahal kan bayaran sewa?" Afiya Qasyrina hanya senyum menyenget.
"Ingat aku ni pokai sangat? Aku dah beli kedai ni! Nasib lah ibu kawan aku bagi harga mur-mur je. Cukuplah duit yang aku kumpul setahun" Afiya Qasyrina terus membuka pintu kedai itu.
"Eee tak sabarnya!" Afifah Qasrina terus berlalu ke kaunter. Kaunter tersebut berada di tengah-tengah kedai.
Terdapat 30 meja yang berada di tingkat bawah ini. Tingkat atas mesti lagi banyak!
"Nanti, kat sini kita akan bakar kuih dan kek! Hmmmm kalau kita buat air sekali pun okay juga kan?" Afiya Qasyrina memegang kedua-dua belah tangannya.
"Ya Allah! Cantik sangat idea tu. Nanti kita boleh dekorasi kedai ni mengikut kreativiti sendiri! Bestnya!" Afifah Qasrina memandang siling kedai yang berwarna putih itu.
Kalau cat warna ungu-biru. Mesti cantik!
Lepastu tambah awan-gemawan sikit, Allahuakbar!Sungguh mereka gembira dan puas hati apabila melihat dengan mata kepala sendiri kedai tersebut!
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...