2 Years Later~
London -> Malaysia
Majlis Pelancaran
Single Album Qaisarah"Gugurnya bunga-bunga cinta~" Qaisarah yang berpakaian gaun putih labuh serta memakai tudung menjadi perhatian ramai.
Dia kini sudah bergelar seorang penyanyi terkenal. Dulu suara sumbang, sekarang sudah di improve! Mereka memberi tepukan gemuruh kepadanya.
"Kini tibalah masanya untuk memberi kejutan kepada artis kesayangan ramai, dipersilakan... Tapi sebelum itu saya ingin menerangkan sedikit latar belakang mengenai beliau" Pengacara majlis bersuara.
Qaisarah terkejut. Dia tidak menyangka dia akan menerima kejutan sebegini. Cahaya lampu menjadi malap dan hanya memfokuskan kepada Qaisarah.
"Beliau merupakan anak tunggal kepada seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Mempunyai 20 cawangan di serata Malaysia dan pernah bekerja sebagai tukang masak di restoran ternama"
"Saya mempersilakan beliau untuk naik ke atas pentas. Berikan tepukan yang gemuruh untuk beliau" Pengacara majlis menyudahi katanya.
Mereka yang berada di situ menepuk tangan dengan gembiranya. Lampu terpadam dengan sendirinya. Suasana menjadi gelap seketika.
Tak lama selepas itu, cahaya lampu memfokuskan ke arah lelaki yang memakai topi di kepala. Mukanya juga kurang jelas kelihatan kerana cahaya lampu yang malap.
Qaisarah tertanya-tanya siapakah jejaka misteri itu. Jejaka itu kemudian mula menyanyi mengikut irama dan melodi...
Waktu pertama kali
Ku lihat dirimu hadir
Rasa hati ini
Inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa
Geloranya hati ini
Tak ku sangka
Rasa ini, tak tertahan
Hati ini, selalu untukmu
Pergerakan jejaka tersebut semakin menghampiri Qaisarah. Ada yang jerit kecil, ada yang tersenyum riang, ada yang menepuk tangan mendengar suara jejaka tersebut.
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu
Luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang ku punya hanyalah
Hati yang setia tulus padamu
Tatkala ini, jejaka itu membaling bunga kepada hadirin sebelah kirinya dan membaling duit syiling kepada hadirin sebelah kanan.
Ramai yang berebut ingin mendapatkannya, maklumlah, rakyat Malaysia cair mendengar suara jejaka tersebut menyanyi, u-la-la !
Hari hari berganti
Kini cinta pun hadir
Melihat mu, memandang mu
Bagai bidadari
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...