Bab 36

195 42 0
                                    

"Makan, Lia. Banyak mak masak ni. Semua lauk kegemaran Lia" Puan Qarmila berasa bersyukur apabila Arliana Qailani sudah pulang ke pangkuannya.

"Terima kasih, mama! Mama yang masak, mesti sedap semua lauk ni!" Arliana Qailani menceduk nasi ke dalam pinggannya.

"Rindu nak makan satu keluarga macam ni. Kalau hari-hari macam ni, mesti best!" Afiya Qasyrina tiba-tiba bersuara.

"Itulah, masa akak Lia tak ada dulu, mama sedih sangat-sangat tau. Asyik berkurung dalam bilik je" Afifah Qasrina pula menokok tambah.

"Ye lah, jom makan. Tak nak dengar cerita merepek-repek ni" Arliana Qailani mengindahkan suasana.

"Hmm, ayah" Arliana Qailani mencelah di saat semua sedang menjamu selera.

"Ada apa, Lia?" Encik Asyraf tersenyum ke arah anaknya.

"Abang Ad macam mana?" Arliana Qailani hanya berbisik memandangkan mereka berada sebelah-menyebelah.

"Abang Ad ada kat dalam bilik, pergilah jenguk" Arliana Qailani tersenyum lebar. Pantas sahaja dia membawa pinggannya ke singki.

"Abang Ad!" Arliana Qailani memasuki bilik Adnan Qarim. Wan Syarifa juga turut berada dalam bilik itu.

"Ye adikku yang busuk ni" Adnan Qarim tertawa melihat wajah mencuka Arliana Qailani.

"Abang Ad kejam! Kak Sya, jangan kawan dia!" Arliana Qailani menarik tangan Wan Syarifa.

"Ye lah, Lia oi" Wan Syarifa juga tersenyum manis ke arah Arliana Qailani.

"Adik, kau tahu tak umur kau berapa sekarang ni?" Adnan Qarim yang berada di katil bertanyakan soalan.

"Tahu, 20 tahun!" Arliana Qailani mendukung Amna Syahrini. Dah 3 tahun budak ni, bulat semacam!

"Muka abang nampak macam 23 tahun ke?" Adnan Qarin ketawa kecil.

"Hmm tak, nampak tua!" Kalini Arliana Qailani pula mengekek ketawa.

"Haah, tu umur kau 5 tahun lepas" Adnan Qarim berkata perlahan sambil menggelengkan kepala.

"Ha? Apa abang cakap tadi?" Arliana Qailani tidak mendengar butir bicara Adnan Qarim.

"Tak payah layan abang awak tu. Jom, kita pergi tengok tv?" Wan Syarifa sempat memberi amaran kepada Adnan Qarim menggunakan isyarat mata.

Matanya memberitahu 'Arliana tak sihat lagi, jangan nak cakap apa-apa kat dia' kemudian mereka terus ke ruang tamu.

"Alahai, silaplah kahwin dengan mak singa ni" Adnan Qarim ketawa geli hati.

"Ha, ayah cakap mama garang ek! Bagitahu mama" Amir Syahril yang berusia 6 tahun sengaja mengusik Adnan Qarim. Dia segera menuju ke arah ibunya.

"Alahai, tidur luar lagilah aku malam ni" Adnan Qarim hanya pasrah dengan ketentuan diri sendiri.

Sapa suruh mengutuk orang!

★★★★★

"Teddy bear warna pink?" Arliana Qailani memandang sahaja patung yang berada di hadapan rumah itu.

Siap ada kad lagi! Arliana Qailani mengambil kad tersebut lalu membacanya.

Happy birthday Lia sayang!

"Harini hari lahir aku? Yang ke berapa?" Arliana Qailani melihat kalendar pada telefonnya. 21 haribulan! Memang hari lahirnya.

"Kenapa aku macam pernah nampak teddy bear ni?" Arliana Qailani cuba mengingat semula memorinya.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now