"Assalamualaikum nenek!" Arliana terus membuka pintu kereta setelah tiba di Gerik, Perak. "Waalaikumussalam, mika dah sampai. Ibu bapa mika ada lagi kat dalam tu" Nek Qamirah tampak gusar.
"Takpe nek. Kami duduk bilik bawah tanah jah" Arliana sempat mengenyit kan matanya lalu pergi ke arah Afif. "Awak! Cepatlah! Lambatnya" Arliana menarik muncung.
"Kau ni, macam budak-budak. Bak sini beg tu! Nanti nenek kau kata aku tak guna pula" Afif merampas beg yang dipegang oleh Arliana. Arliana hanya tersenyum lebar.
"Assalamualaikum nek" Afif menyalami tangan tua Nek Qamirah. "Waalaikumussalam, mika la Alif? Eh Arif? Salah ni, Athif ye?" Nek Qamirah cuba mengingat kembali nama yang disebut Arliana, alih-alih disebut nama yang dituturnya kelmarin sahaja.
Afif pula terkedu apabila Nek Qamirah menyebut nama 'Athif' "Nek, saya Afif" Afif memberitahu namanya. Nampak macam Nek Qamirah susah sahaja mahu mengingati namanya, padahal nama dia cuma dua sukukata sahaja 'A-fif'.
"Maafkan nek ye? Nek ni pelupa orangnya. Padahal kelmarin nek baru je telefon Lia" Nek Qamirah tersenyum sekilas.
"Takpe nek. Abang Afif ni lagi teruk pelupanya. Dah jom bang" Arliana memegang lengan Afif. Afif hanya buat cool, cuba berlakon biasa katakan.
"Eh, dah dah. Lepas eh. Kau ni melebih je! Dah sampai pintu belakang ni kan. Kenapa tak masuk je ikut pintu depan?" Afif menarik lengannya supaya Arliana melepaskannya.
"Oh, ada ibu bapa saya kat depan. Kita kena masuk ikut belakang la. Tapi bukan guna pintu belakang ni hehe..." Arliana sengaja mengusik.
"Dah tu, nak masuk ikut mana?" Afif sudah melepaskan beg ke tanah. Berat oi beg ni! Bawa apa? Seguni beras ke?
"Kejap" Arliana menyentuh tanah, mencari-cari sesuatu. "Eh, kotor la! Kau cari apa tu?" Afif seperti mahu menghalang, namun dia hanya memerhati sahaja.
"Takpe, nek Rah selalu sapu. Ha! Jumpa pun!" Arliana menarik sesuatu. Terbukalah pintu hendak ke bawah tanah. Afif seakan terpaku melihat anak tangga yang akan dipijaknya sebentar lagi.
"Wah! Besarnya bilik bawah tanah ni. Macam rumah teres je!" Afif bagaikan rusa masuk kampung, terpesona melihat segenap isi bilik ini.
"Tak ada la macam rumah teres, ni rumah kampung biasa-biasa je. Nasib tadi ada beli barang dapur sikit. Saya masak ye?" Arliana terus ke dapur.
Afif masih meneroka setiap penjuru bilik tersebut. Tidak habis-habis mengatakan yang dia kagum dengan suasana bilik ini. Jakun sekali!
"Yeay, dah siap! Masak lemak telur itik, ayam goreng, sambal belacan dengan timun! Agak-agak dia makan tak? Dia kan orang bandar..." Arliana masih ligat mengacau kuah masak lemak.
"Hmm kalaulah ada abang..." Ariana seakan berasa sedih. "Abang? Sapa abang?" Afif sergah Arliana dari belakang. Nasib tidak terketuk kepala Afif dengan senduk ditangannya, kalau tidak..!
"Abang la" Arliana menunjuk ke arah Afif. "Eeee geli aku! Kat sini tak payah nak panggil abang-abang sangat eh" Afif terus duduk di meja makan.
"Nah, lauk harini" Arliana meletakkan lauk-pauk tersebut di atas meja makan. Afif memandang ke arah lauk-pauk tersebut tanpa berkelip.
"Mana kambing aku beli tadi? Kenapa tak masak? Kau nak makan sorang ke?" Afif membuat muka toya. Dia paling tak suka masak lemak telur itik!
"Sorry, saya tak pandai masak kambing. Esok saya belajar dengan Nek Rah ye?" Arliana duduk di hadapan Afif. Dia mula mencedokkan nasi ke pinggan Afif.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...