Darbi×Atiliya

160 36 0
                                    

"Eh, Darbi. Awak duduk sini ke?" Atiliya segera menegur Darbi yang sedang membuang sampah.

"Haah, Ati duduk kawasan ni juga ke?" Darbi meletakkan sampah di hadapan rumahnya. Lori sampah selalu datang seminggu sekali ke kawasan perumahannya.

"Ni, depan ni je rumah" Atiliya menjuihkan bibir ke rumahnya. Darbi mengangguk perlahan tanda faham.

"Tapi, ini bukan ke tanah..." Atiliya berfikir sejenak.

"Tanah Afif? Betul lah tu, dia bagi kitorang buat rumah kat sini. Lepas pulau tu hancur, kami tinggal kat sini je lah" Darbi memaniskan muka.

"Oh, ni bila nak kahwin? Tak ada calon lagi ke?" Atiliya sudah mula menunjukkan gaya gediknya.

"Ha?" Darbi tergelak kecil. Atiliya tengah mengajak dia kahwin ke?

"Awak la, bila nak kahwin?" Sekali lagi Atiliya bertanya. Kali ini, dengan penuh sopan santun.

"Sapa je nak saya? Dah la tak hensem, tak kaya pula tu. Mesti saya single sampai ke tua" Darbi menggelengkan kepalanya.

"Apa salahnya? Saya kan ada" Atiliya terus menekup mukanya.

"Eh? Apa dia?" Darbi kurang jelas dengan ayat Atiliya itu.

"Saya ada, saya nak je kahwin dengan awak. Ok bye" Atiliya terus melangkah ke rumahnya.

Malunya perigi cari timba! Mana nak letak muka dia yang cun melecun ni?!

"Sapa nak kahwin dengan dia?" Darbi tertawa kecil. Dari Form 5 sampai sekarang, tak mengalah lagi Cik Atiliya kita ni ye?

★★★★★

"Hai Darbi! Nak keluar ke? Nak pergi mana tu?" Atiliya telah bersiap cantik-cantik, semata-mata nak keluar dengan Darbi!

Kebetulan, dia nampak Darbi mahu keluar bersiar-siar. Dapatlah dia rapat-rapat dengan Darbi.

"Hai, haah. Saya nak bawa adik kesayangan saya jalan-jalan" Darbi menarik tangan Dara.

"Baba, saseset saset? (Abang, siapa dia?)" Dara berkata kepada Darbi.

"Saset sasat baba (Dia kawan abang)" Darbi membetulkan cekak rambut Dara. Dara menganggukkan kepalanya.

"Oh, nak ikut boleh tak? Boleh lah boleh lah" Walaupun Atiliya tidak memahami kata-kata dua beradik itu, tapi dia tak kesah pun!

Okay, malu kuasa dua!

"Tak malu, orang tak ajak dia pun. Sibuk nak ikut, ya?" Darbi tersenyum seraya menggelengkan kepalanya.

"Apa salahnya? Saya nak ikut, please" Atiliya tersengih-sengih sahaja. Dia siap merayu lagi!

"Hmm ye lah, jom" Atiliya berasa teruja kerana Darbi mengajaknya juga.

Plan berjaya!

★★★★★

"Dara, comotlah awak makan aiskrim" Atiliya mengelap mulut Dara yang comot itu!

"Terima kasih" Dara tersenyum lebar ke arah Atiliya. Seronok dapat keluar dengan Atiliya!

Atiliya baik sangat dengan dirinya. Kan bagus kalau hari-hari Atiliya duduk dengannya. Bolehlah dia menguruskan diri sendiri.

Ni tak, asyik harapkan Darbi sahaja!

"Baba, kakak cantik ni baik lah!" Dara masih menjilat aiskrim coklat itu.

"Memang baik. Dara suka kakak cantik?" Darbi juga gembira melihat adiknya gembira.

"Mestilah! Kakak cantik baik sangat-sangat" Dara kelihatan sangat gembira.

"Kalau baba kahwin dengan kakak cantik, Dara suka tak?" Wajah Dara kelihatan teruja sekali.

"Nak! Best! Sukanya! Bolehlah kakak cantik jaga Dara 24 jam. Lepas ni Dara boleh main dengan kakak cantik!" Dara pantas memeluk abangnya. Walaupun Dara baru berusia 11 tahun, tapi sudah matang dalam berfikir.

"Awak sembang apa dengan adik awak? Mentang-mentang lah saya tak faham bahasa pulau. Tunggu lah saya pergi belajar nanti. Mesti awak kutuk saya kan?" Atiliya mengecilkan matanya.

"Hahaha" Darbi hanya tergelak. Lucu dengan bebelan Atiliya.

Kalau nak belajar pun, bila nak pandai? Bahasa pulau tu Fatin je yang tahu.

Eh? Nak juga join cerita ni -_-

"Hmm Ati?" Darbi memanggil Atiliya.

"Apaaaaaa" Atiliya dalam mood merajuk. Dia masih tak puas hati sebab dia tak tahu apa yang dibualkan oleh Darbi dan Dara.

"Kalau saya ajak awak kahwin, awak nak?" Darbi straight to the point terus.

"Mestilah. Eh, kejap. APA?!" Atiliya terkejut sehingga aiskrimnya jatuh ke lantai.

"Aiskrim saya! Darbi! Arghhh" Atiliya tidak tentu arah. Darbi tercuit hati melihat sikap Atiliya.

Sebenarnya, dia malu sangat-sangat ketika ini! Malu yang tak tahu nak cakap macam mana! Tu yang kalut semacam je!

"Sudahlah, nanti saya beli baru. Soalan saya, awak tak jawab lagi tau" Sengaja Darbi bertanya semula, padahal dia sudah tahu jawapan gadis itu.

"Siapa je tak nak kahwin? Ok bye!" Atiliya terus pergi meninggalkan Darbi dan Dara.

"Kakak cantik setuju?" Anak mata Dara bersinar-sinar menantikan jawapan.

"Mestilah" Darbi mengelap aiskrim coklat di pipi Dara.

Seronok Darbi dapat mengenakan Atiliya. Selalu, Atiliya yang beria-ria mahu berkahwin dengannya, sekali usik, terus malu setahun!

Semoga kekal bahagia bersama awek pemalu, Darbi!

End Darbi×Atiliya

Thank you 800 viewers❤️

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now