Bab 22

220 49 0
                                    

Seminggu kemudian...

"Tambah lagi, Lia. Banyak Adawiyah masak ni" Pak Jak menghulurkan bekas nasi kepada Arliana Qailani.

"Takpe, Pak Jak. Dah kenyang ni" Arliana tersenyum mesra. Dia sudah terbiasa duduk di sini.

"Lia nak pergi laut tak? Kita main kat gigi-gigi air pun dah okay kan?" Rabiatul Adawiyah membasuh tangannya di dalam besen.

"Boleh juga. Dah lama Lia tak keluar. Bestnya!" Arliana Qailani menayangkan sebaris giginya.

"Okay, lepas Zohor kita pergi!" Pak Jak juga berasa teruja hendak bermandi-manda di laut.

Arliana Qailani tersenyum manis ke arah mereka berdua.

Setelah menunaikan solat Fardhu Zohor, mereka bertiga berjalan kaki ke arah laut yang sememangnya hampir dengan rumah Pak Jak! Cuma beberapa meter sahaja!

"Adawiyah, Lia nak tanya boleh?" Arliana Qailani yang sedang duduk di gigi-gigi air bertanya. Sejuk sangat walaupun berada di bahagian itu sahaja.

"Tanyalah Lia" Rabiatul Adawiyah masih berdiri memandang beribu-ribu batu di hadapannya. Masya Allah! Luas pemandangan-Mu.

"Kenapa Adawiyah pakai purdah walaupun dalam rumah?" Arliana segera berdiri sambil membersihkan bahagian punggungnya yang terkena pasir.

"Sebab, abah bukan ayah kandung Adawiyah. Abah cuma ayah angkat. Adawiyah masih kena jaga aurat dengan abah" Rabiatul Adawiyah mengekalkan posisinya sambil mendepakan tangan.

"Eh, Lia.... jangan main jauh-jauh! Abah kata harini air pasang besar. Nanti Lia kena tarik!" Rabiatul Adawiyah memanggil-manggil Arliana Qailani.

"Hihi, kelakar lah Adawiyah ni! Kena tarik dengan apa? Pusaran air?" Arliana Qailani ketawa geli hati. Dia semakin jauh dari Adawiyah. Rindu hendak bermandi-manda.

Tiba-tiba, awan bertukar menjadi kelabu. Hujan turun dengan sangat lebat. Arliana Qailani cepat-cepat hendak pergi ke daratan, namun ombak semakin bergelora, angin bertiup dengan sangat kencang.

Arliana Qailani seperti ditarik masuk ke dalam pusaran air lalu hilang dengan sekelip mata.

"Ya Allah, abah!" Rabiatul Adawiyah memanggil Pak Jak yang sedang menikmati air kelapa di dalam pondok kayu.

"Ada apa, Adawiyah?" Pak Jah terus keluar dari pondok. Hujan yang lebat menyukarkan dirinya untuk mendengar suara Rabiatul Adawiyah yang perlahan itu.

"Lia...Lia kena tarik!" Rabiatul Adawiyah menunjukkan ke arah laut.

"Masya Allah, Lia!" Pak Jak cuba untuk pergi ke laut, namun di tahan oleh Rabiatul Adawiyah.

"Jangan, abah! Bahaya" Rabiatul Adawiyah berasa terhimpit. Dia mahu menyelamatkan Arliana namun dalam masa yang sama, dia tidak mahu kehilangan ayah angkatnya.

"Masya Allah, pusaran air tu dah hilang!" Pak Jak berasa kalut. Rabiatul Adawiyah menangis perlahan.

★★★★★★

"Memandangkan semua dah ada kat sini, Fia nak  bagitahu something" Afiya Qasyrina yang terlantar di katil hospital berkata.

"Ada apa? Lebih baik Fia duduk diam-diam daripada bercakap banyak" Encik Asyraf menasihati anaknya itu.

"Fia...Fia nak minta maaf dulu kat Abang Afif, Mama, Ayah, Abang Ad, Kak Sya, Datin dan Dato' sebab semua ni berlaku kerana Fia" Afiya Qasyrina menahan tangisannya.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now