Bab 19

219 48 0
                                    

Double update, hehe😘

"APA?!" Jiwa Puan Qarmila bagai direntap. Dia cuba mengawal pernafasan dirinya.

"Betul ma. Kak Lia yang derma buah pinggang dia kat mama. Dia derma darah juga untuk Fia. Fia tak tahu dia kat mana sekarang ni. Fia nak jumpa dia. Sejak semalam dia menghilangkan diri"

Afiya Qasyrina memandang sepi nasi goreng di atas meja. Puan Qarmila terdiam seketika.

"Aku...aku bersalah Fia. Aku nak jumpa dia. Aku....aku nak minta maaf kat dia" Puan Qarmila seperti dirasuk. Afiya cuba memegang bahu Puan Qarmila, namun ditepis kasar.

"Apa terjerit-jerit ni?" Encik Asyraf datang dari arah hadapan. Terlihat Puan Qarmila terduduk di atas lantai.

"Ya Allah! Kenapa dengan mama kamu ni Fia?" Encik Asyraf mengangkat Puan Qarmila duduk di atas kerusi.

"Abang tahu Lia kat mana? Mila nak jumpa dia. Mila bersalah sangat-sangat" Puan Qarmila menggenggam erat tangan Encik Asyraf.

"Errr.." Belum sempat Encik Asyraf berkata, terdengar ketukan di pintu hadapan.

"Tu mesti Lia, biar saya buka" Puan Qarmila pantas bergerak ke pintu utama. Apabila pintu terbuka, mukanya kembali kelat.

"Assalamualaikum, mama" Adnan Qarim memberi salam. Dia pulang bersama isteri dan anak-anaknya.

"Kau bukan anak aku!" Puan Qarmila yang terkenal dengan sikap egonya sudah kembali. Dia pantas masuk ke dalam bilik.

"Ad! Masuk la" Encik Asyraf membuka pintu rumah.

"Ayah, ni Syarifa. Menantu ayah" Adnan Qarim memperkenalkan Wan Syarifa kepada Encik Asyraf.

★★★★★★

"Wei, cerita la apa masalah kau. Aku nak tahu juga" Atiliya menarik muka. Aurora tengah mengambil susu coklat di atas meja.

"Aku... hmmm macam ni" Arliana Qailani pun menceritakan dari A-Z. Atiliya begitu tekun mendengar cerita Arliana Qailani.

"Serius la? Kau yakin ke dia ceraikan kau? Kau salah dengar kot?" Atiliya mengerutkan dahinya. Tak kan la Afif ambil mudah je pasal cerai-berai ni?

"Hmmm entahlah" Arliana menyuap roti bakar dengan perasaan berbelah bahagi.

"It's okay. Take your time. Kau duduk je sini sampai bila-bila. Eh, Nek Rah apa cerita? Lama tak lawat dia" Atiliya menghulurkan secawan teh kepada Arliana Qailani.

"Dia...dah tak ada" Arliana Qailani memejamkan matanya. Pilu hatinya untuk berkata sedemikian.

"Innalillahiwainnalillahirajiun" ucapan tersebut meniti di bibir Atiliya.

"Kakak, jangan la sedih-sedih. Makanan ni sedap!" Aurora menayangkan roti bakar tersebut kepada Arliana dan Atiliya.

"Ye lah, akak tak sedih dah" Arliana tersenyum lebar ke arah Aurora.

"Aunty pun nak Aurora panggil aunty 'kakak'. Auntu muda lagi tau" Atiliya menjuihkan bibirnya.

Aurora hanya tergelak sahaja. Atiliya mengecilkan matanya.

"Kenapa gelak?"

"Sebab aunty nampak tua"

"Kurang asam!!"

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now