Athif tersenyum tipis melihat betapa bahagia dan gembiranya perkahwinan Afif dan Arliana Qailani.
Dia pula bagaimana? Hanya menunggu jodoh sampai. Umur sudah menginjak ke usia 30 tahun, tapi masih tidak mempunyai kekasih, mahupun kawan perempuan. Jauh sekali tunangan!
"Athif nak mummy carikan calon? Mummy haritu jumpa kawan mummy, anak dia cantik"
"Kau tak nak kahwin ke, bro? Aku kenal seorang perempuan ni. Dia pun single macam kau. Kau tak nak?"
"Awak kahwinlah, Athif. Jangan sampai tua membujang. Rugi tau tak ada peneman hidup. Nak tak kawan saya? Dia cantik juga!"
"Abang Athif tak nak kahwin ke? Ruby pun dah kahwin tau!"
"Athif, kahwinlah"
"Pakcik tak nak kahwin ke?"
Athif membungkam sahaja. Semua suruh dia mendirikan rumah tangga! Dah tu, dia nak kahwin dengan siapa? Hmmmm....
"Alamak, sorry encik. Saya tak sengaja!" Seorang perempuan menumpahkan air kopi ke atas bajunya.
"Aduh, apalah nasib aku. Dah la malang, kahwin belum, baju pun basah?" Athif mendongak memandang pelayan perempuan tersebut.
'So beautiful!' Athif langsung tidak jadi marah memandang wajah ayu perempuan di hadapannya.
"Encik, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tahu saya bersalah. Mesti baju encik ni mahal kan? Aduh, encik saya tak ada duit nak bayar balik baju encik. Encik nak apa? Saya belanja ya? Lagipun-" kata-kata perempuan itu terhenti apabila Athif meletakkan jari telunjuknya di bibir.
"What's your name? And this problem solved immediately" Athif menayangkan senyuman semanis gula.
"Err, nama saya Anna Shen" Anna memperkenalkan dirinya.
'Ohh, she's non Muslim' Athif berasa hampa. Namun dia masih mengekalkan senyumannya.
"Saya nak kopi kurang manis with apple pie. Tapi, saya nak awak yang buat" Athif tersenyum memandang wajah Anna.
"Okay encik. Wait for five minutes" Anna Shen terus berlalu ke dapur.
"Nah your meal. Enjoy it" Anna Shen terus mengambil tempat di sebelah Athif.
"Hey, kejap! Kenapa duduk sebelah saya pula ni?" Athif menjongketkan keningnya.
"Saja, muka encik hensem la. Macam lelaki dalam mimpi saya. Saya saja nak tengok encik. Encik dah bertunang ke? Ataupun dah berkahwin? Kalau belum, encik dah ada kekasih eh? Mesti kekasih encik-" Athif meraup mukanya.
Kenapa perempuan ni banyak cakap sangat? Athif menikmati kopinya dengan memasang earphone.
"Encik dengar tak apa yang saya cakap? Encik! Encik?! Ya Allah, saya cakap sorang-sorang je ke dari tadi?" Terus Athif membuka sebelah earphone miliknya.
"Ulang balik apa kau cakap" Athif seperti blur seketika.
"Apa? Encik nak suruh saya ulang balik karangan saya tadi? Masya Allah!" Anna Shen menepuk dahinya.
"Ha, that's it! Awak orang Islam ke?" Athif terkedu seketika. Ingatkan Anna Shen non Muslim.
"Saya muallaf. Nama Islam saya Nur Syazana Shen. Saya baru masuk Islam dua bulan lepas sebab saya dapat mimpi yang saya akan berkahwin dengan lelaki Islam. Mungkin, Allah nak bagi saya hidayah. Kan, encik? Saya happy sangat-sangat bila dah masuk Islam. Saya rasa hidup saya cukup sempurna. Tapi, mak ayah saya halang saya daripada masuk Islam. Sekarang, saya dah tak ada mak dan ayah. Mereka buang saya" Anna Shen mengelap air matanya.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...