Bab 34

199 41 0
                                    

"Kak Del!" Darbi berasa gembira kerana Delina masih berada di pulau itu.

"Del bawa Lia naik bot dulu" Darba yang berada di tepinya hanya dipandang sekilas.

Delina perlahan-lahan mengangkat tubuh Arliana Qailani dan dibawanya ke bot.

"Hish!" Darbi menahan Darba dari mengikut mereka.

"Lawan dengan lelaki, baru gentle" Darbi terus bangkit hendak melawan Darba.

"Kau? Kena tumbuk sikit dah pengsan" Darba berkata dengan nada sinis.

BUK! Satu tumbukan hinggap pada pipi Darba.

"Tak guna!" Darba meludah air liurnya ke tepi. Terdapat kesan lebam sedikit pada pipinya.

"Sedap?" Anak-anak buah Darba hanya memerhati sahaja.

"Tunggu apa lagi? Lawan la!" Darba mengarahkan anak buahnya supaya berlawan sama.

"Tak adil lah. Satu lawan satu, bro" Darbi menumbuk lagi muka Darba.

Anak-anak buah Darba memang tak masuk campur langsung! Mereka lari berkeliaran ke pulau tersebut.

"Kenapa kau buat dia? Dia ada anak kecil kau tahu tak?!"

BUK! Sekali lagi tumbukan padu kena pada muka Darba.

"Salah ke? Aku nak jadikan dia hamba kepada aku!" Darba tertawa sinis. Lebam pada pipinya langsung tidak dihiraukan.

"Tak guna!" Darbi menarik baju Darba supaya mendekatinya.

"Kau boleh pergi mati!" Darbi menumbuk lagi muka Darba. Kesian Darba, eh?

"Sudah!" Ayah mereka muncul sewaktu pergaduhan itu.

"Ayah" Darbi melepaskan Darba. Ayah hanya melangkah bersama tongkatnya menghampiri kedua-dua lelaki itu.

"Pergi naik bot, sekarang. Jangan kisahkan kami" Darbi mengangguk. Segera Darbi melangkah apabila bot tiba di pulau itu.

"Kenapa, Ayah?" Darba tidak faham kenapa ayahnya membela Darbi.

"Selama ni, aku dah banyak manjakan kau! Sampai kau sanggup jadikan orang yang datang ke pulau ini sebagai hamba kepada kau!" Ayah duduk bercangkung di hadapan Darba.

"Diorang hanya layak jadi hamba sahaja!" Kemarahan Darba seakan-akan memuncak.

"Sudah! Sedangkan bumi tak terima kita, apatah lagi langit!"

"Apa maksud ayah?"

"Kau tengok pulau ni?! Apa je yang tinggal? Kita berdua je"

"Ayah tipu! Diorang ada lagi kat sini! Darbi, Dara, semua?!"

"Sudahlah, sempatkah kita bertaubat ketika ini?"

"Apa ayah merepek ni?!"

Ketika itu juga, pulau tersebut terbelah dua. Tenggelam pulau ditelan laut. Pulau kini hanya terdapat lautan sahaja. Seperti tiada apa-apa pun yang berada pada laut itu.

★★★★★

"Dara?" Bot kian berjauhan daripada Darbi.

"Dara!!" Darbi terlambat. Bot itu sudah menjauhinya.

"Darbi!" Afif tiba dengan membawa bot. Di dalam bot itu juga terdapat Hakim dan Siti Rubiah.

"Korang nampak Dara?"

"Mana Dara?!" Darbi menjerit. Dia sungguh takut jika meninggalkan Dara di pulau tersebut.

Kedua-dua pulau itu sudah hancur ditelan bumi. Keadaannya tidak kelihatan seperti pulau langsung!

"Dara ada dengan Lia. You jangan risau, okay?" Siti Rubiah cuba menenangkan Darbi.

"Kan senang cakap awal-awal, tak adalah aku terjerit-jerit macam perempuan" Darbi berasa puas hati dengan jawapan Siti Rubiah.

"Kita pergi Malaysia ya?" Afif berkata setelah agak lama mendiamkan diri.

"Lia okay kan?" Afif bertanya pula kepada Darbi.

"Tadi, masa dengan aku. Dia pengsan. Aku nampak Kak Del bawa dia, tapi seingat aku diorang kena tangkap. Aku rasa diorang naik bot hamba tu kot" Darbi mengetuk kepalanya. Rasa macam wayar tercabut!

"It's okay, banyakkan rest. Kau pun tengah sakit" Siti Rubiah memandang ke arah laut.

Tenang! Hanya itu sahaja yang dapat Siti Rubiah ungkapkan.

Semoga perjalanan ke Malaysia menjadi sebuah perjalanan yang lancar!

★★★★★

"Alhamdulillah, Dara dan Darbi cuma mengalami cedera ringan di tangan" Afif memberitahu ahli keluarganya.

"Macam mana dengan Lia?" Datin Maria berasa rindu mahu menatap wajah menantunya. Ye lah, dah 3 tahun tak bertemu!

"Lia masih koma. Dia tak sedarkan diri" Afif menundukkan kepalanya.

"Takpelah, kita kena doakan supaya Lia cepat sembuh" Encik Asyraf tersenyum nipis.

"Mama" Afiya Qasyrina memeluk Puan Qarmila. Alhamdulillah, hubungan mereka telah rapat sejak 1 tahun yang lalu!

"Kalau nak lawat Lia, pergilah" Afif duduk di sudut hujung kerusi. Datin Maria mengikuti anaknya.

"Afif tak nak jumpa Lia?" Datin Maria cuba berbicara bersama anaknya.

"Afif dah jumpa, mummy pergilah tengok Lia" Afif tersenyum, tapi nampak macam tak senyum je!

"Afif tak gembira? Lia dah kembali?"

"Afif- tak tahu" Afif memegang kedua-dua belah tangannya.

"Takpelah, kalau Afif dah ready, Afif tengok Lia ye?" Datin Maria terus masuk ke dalam wad Arliana Qailani.

'Bila sayang nak sedarkan diri?'

🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Thursday
12/8/2021

Welcome Malaysia, Arliana Qailani!
Dah janji kan nak bagi dia kat Malaysia😂

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now