Bab 21

219 45 1
                                    

"Lia... Lia..."

Arliana Qailani pantas menoleh ke belakang. Tiada sesiapa di lorong tersebut. Kenapa dia dengar suara seseorang memanggil namanya.

Arliana Qailani pandang ke hadapan semula. Dia terdengar derapan tapak kaki mendekatinya. Arliana melajukan langkah kakinya.

"Liaaaaa" Arliana Qailani mengurut dadanya. Terkejut dengan suara leretan tersebut.

"S-siapa tu?" Arliana memberanikan diri bertanya. Terdengar ketawa dari sebalik semak di belakangnya.

Arliana menoleh sekilas. Keluar dua orang memakai baju serba hitam bersama topeng hitam di muka.

Berdegup kencang jantung Arliana. Di tangan mereka terdapat pistol dan pisau!

"Kau nak pergi mana?!" Salah seorang daripada mereka bertanya. Arliana pun apa lagi, pecut la selagi mampu!

Arliana Qailani terjatuh akibat tersadung batu di jalan tar.

"Mati kau aku kerjakan!" Peluru pistol dilepaskan. Arliana berdoa supaya keajaiban berlaku pada waktu itu.

"Akak! Lari" Siti Rubiah yang memakai topeng putih menerpa ke arah Arliana Qailani.

Peluru tersebut terkena tepat pada kaki Siti Rubiah. Arliana Qailani terkedu sejenak.

"Tapi, akak tak boleh tinggalkan awak..." Arliana Qailani terkaku melihat darah mengalir laju dari kaki Siti Rubiah.

"Akak, percayakan Ruby please. Akak pergi lari!" Siti Rubiah menolak Arliana Qailani. Arliana terpaksa melarikan diri.

"Wei wei lari lari" Mereka berdua yang memakai topeng hitam terus berlari berciciran dari situ.

"Arghhh" Siti Rubiah cuba mengambil telefon dari poket seluar.

Tutt tutt... talian disambungkan. Hakim pantas menjawab.

"Assalamualaikum, Kim!"

"Waalaikumussalam, asal ni?"

"Tolong aku, cari aku kat Taman Delima ni!"

"Apasal?"

"Jangan banyak tanya la setan!"

"Ok ok"

Talian dimatikan. Siti Rubiah hanya perlu bertahan sedikit sahaja lagi...

Dia tidak kuat, pandangannya mulai kabur.
Dia pitam...

Dalam pada masa yang sama, Arliana berlari sehingga ke stesen bas.

"Tu dia tu dia" Mereka yang memakai topeng hitam tersebut masih gigih mengejar Arliana sampai stesen bas.

"Nak, masuk sini!" Sebuah kereta meluncur laju ke arah Arliana. Apabila terdengar beberapa das tembakan dilepaskan ke arahnya, dia tidak punya pilihan selain mengikut kereta tersebut.

"Pakcik ni sapa?" Arliana Qailani tercungap-cungap bertanya. Pakcik tersebut hanya tersenyum.

"Tidurlah, nanti pakcik kejut" Pakcik tersebut kembali fokus memandu dengan kelajuan yang tinggi.

Arliana Qailani mengelap peluh di dahi. Beg tangannya di letakkan di atas riba. Beg sandang diletakkan di bawah kakinya.

Arliana Qailani penat sangat. Lama kelamaan, dia terlena...

★★★★★

"Kim..." Siti Rubiah mengusap kepalanya. Dia pantas membelek kakinya.

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now