Bab 46

230 40 1
                                    

Pusara kecil itu menggamit suasana syahdu di samping keluarga itu. Arliana Qailani yang terlalu bersedih akibat kehilangan cahaya matanya.

Atiq Amri

"Amri, kenapa tinggalkan Umi, sayang? Kenapa secepat ini Amri pergi? Umi sempat pegang Amri sesaat je sayang" Arliana Qailani tidak dapat menahan tangisannya.

Air mata mengalir seperti air terjun apabila mendapat khabar berita bahawa anaknya tidak dapat diselamatkan.

Berita gembiranya, ketumbuhan dalam rahimnya berjaya dikeluarkan bersama Atiq Amri.

Ya Allah, dia tidak kuat.

Dia terlalu lemah untuk menerima khabar itu.

Dia berasa separuh nyawanya sudah terbang bersama Atiq Amri.

"Lia, sudah lah tu. Semoga Amri dapat memimpin kita di Syurga kelak. Tak mahu bersedih lagi. Insya Allah, ada hikmahnya" Datin Maria memeluk bahu Arliana Qailani. Cuba memberi semangat kepada menantunya.

"Kenapa nyawa Atiq perlu jadi korban, sedangkan lebih baik kalau Lia yang pergi? Lia tak berguna pun dalam dunia ni. Lia tak dapat nak selamatkan anak Lia sendiri. Ibu jenis apa Lia ni? Sampai sanggup korbankan nyawa anak? Layak ke Lia jadi ibu?!" Arliana Qailani masih tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya kini telah tiada.

Sakit, dalamannya terasa sakit yang amat. Dia langsung tidak percaya bahawa tanah merah di hadapannya sekarang adalah kubur anaknya, Atiq Amri.

"Apa cakap macam tu. Ini semua ketentuan Allah. Kita tidak dapat nak menghalangnya. Lia kena kuatkan semangat. Jangan jadi lemah macam ni" Puan Qarmila pula mencelah. Dia juga turut berasa kasihan melihat anaknya yang merintih kesedihan itu.

"Maaf, Lia tak kuat. Allah bagi Lia pegang Atiq cuma sesaat. Lia tak kuat, Lia tak kuat. Ya Allah, sakit sangat-sangat" Arliana Qailani terduduk di tanah perkuburan itu.

"Sudahlah, Lia. Mari pulang. Dah lewat petang ni" Datin Maria memapah Arliana Qailani. Lututnya terasa longgar ketika itu. Kepalanya tiba-tiba berasa pening.

"Ya Allah! Lia!" Arliana Qailani pengsan di pusara anaknya.

Mungkin Allah mahu menjemput Umi,
kan sayang?

★★★★★

"Kenapa orang yang Lia sayang, kena pergi? Amri, Amri tak sayang Umi ke?" Arliana Qailani kini berkurung di dalam biliknya.

Setelah dia bangun dari pengsan, wajah Katijah menyapa pandangan matanya.

"I dah kata, ia berisiko kalau you tak buat operation. Jadi, you tak buat kan? So, jangan salahkan sesiapa dalam kes ni. You sendiri yang bunuh anak you!"

"Tak, aku tak bunuh dia!" Arliana Qailani menutup telinganya. Suara tersebut berulang-ulang di dalam mindanya.

Walhal, dia yakin Katijah cuma menasihatinya sahaja pagi tadi, bukannya menuduh Arliana Qailani pembunuh!

Apa dah jadi? Adakah sel otaknya pula akan mati? Apa yang merasuk mindanya ketika ini?

"You ni pembunuh juga kan?
Patutlah Afif nak tinggalkan you"

"Pergi....pergi! Jangan kacau aku!" Arliana Qailani menyorok di bawah katil.

"Pembunuh akan selamanya
jadi pembunuh"

Arliana Qailani menangis apabila terdengar suara itu. Dalam fikirannya sekarang ni hanyalah...

Aku pembunuh

Arliana Qailani ✔️Where stories live. Discover now