"Mak, kami nak balik dah ni. Halalkan makan minum ye mak?" Puan Qarmila menyalami tangan tua Nek Qamirah. "Mika yang belanja nek, kenapa mika cakap lagu tu" Nek Qamirah membelai lembut kepala Puan Qarmila yang dibaluti tudung.
"Mak, jaga diri elok-elok" Encik Asyraf bersalaman juga dengan Nek Qamirah sambil menghulurkan sejumlah wang. "Ish, susah-susah ke mika je. Nek pun ada duit hasil jual ulam-ulam kat kebun. Mika simpan je la ye?" Nek Qamirah menolak lembut.
"Ala nek ni. Orang bagi ambil je lah. Entah apa-apa" Afiya Qasyrina menjulingkan matanya ke atas. Menyampah dengan lakonan yang diadakan oleh Nek Qamirah.
"Fia, jaga bahasa tu sikit!" Puan Qarmila mencerlung tajam ke arah Afiya Qasyrina. "Fia, cakap elok-elok, tu nenek kita la" Afifah Qasrina berbisik ke telinga kembarnya itu.
"Ok fine. Maaf nek" Afiya Qasyrina masih dengan muka ketatnya itu. Nek Qamirah hanya tersenyum nipis, sikit pun tidak terasa dengan cucunya seorang itu.
"Bila mika nak jenguk Lia? Mika tak kesian ke kat budak tu?" Nek Qamirah sengaja 'memancing'. Muka Puan Qarmila berubah 💯.
"Mak jangan sibuk cakap pasal budak tak guna tu!" Kesabaran Puan Qarmila kian tipis mendengar nama anaknya yang seorang itu. Sama sahaja perangai dengan anak sulung-
"Entah, dia tu memang tak guna!" Afiya Qasyrina sengaja mencurahkan minyak ke api yang marak. "Mika ni, kami tengok dia baik je. Apa yang mika tak puas hati sangat? Kesian Lia, dah la kahwin dengan orang yang dia tak suka, mika pula buang dia. Fikir la Mila" Nek Qamirah menepuk lembut bahu Puan Qarmila.
"Ye lah, kami balik dulu. Assalamualaikum" Puan Qarmila terlebih dahulu keluar dari rumah itu. Panas hatinya berlama-lama duduk di kampung ni! Asyik-asyik Lia, Lia, LIA!
"Maaf ye mak? Mila tu panas baran sangat. Ada masa kami lawat Arliana. Kami janji" Encik Asyraf tersenyum hambar.
Afiya Qasyrina yang melihat adegan itu, terus sahaja keluar bersama ibunya. Malas mahu menghadap! Apalah nasib duduk di keluarga sebegini! Kawan-kawannya semua kaya-raya. Kalau bercuti pergi overseas lagi!
"Kami balik dulu nek. Sayang nenek!" Afifah Qasrina yang terkenal dengan sikap riangnya terus memeluk erat tubuh Nek Qamirah.
"Ye lah, hati-hati. Jangan nakal-nakal. Dengar kata ibu ayah" Nek Qamirah mengusap manja kepala Afifah Qasrina.
"Insya Allah! Nenek kalau jumpa Lia, kirim salam tau! Ifa takut ibu tak nak jumpa kakak je" Afifah Qasrina kemudian keluar.
"Macam tahu-tahu je mika kakak mika kat sini" Nek Qamirah tersenyum. Dia lantas ke arah dapur. "Mana pula la pintu ni?" Sedang Nek Qamirah leka membelek tanah, terasa pintu ingin terbuka.
Nek Qamirah lantas bangkit dari duduk. Terlihat wajah Arliana dan Afif keluar. "Panjang umur mika! Orang tua mika dah balik. Jemput la naik" Nek Qamirah mengurut dadanya. Lemah semangat juga rasanya.
"Ya Allah, nenek. Sorry kalau terkejutkan nenek. Jom la abang, kita masuk rumah Nek Rah" Arliana memeluk lengan Afif.
"Moh lekaih! (Jom cepat!)" Nek Rah menarik lengan Arliana. Arliana terdorong ke depan sambil memegang lengan Afif. Afif hanya buat muka 'dunnow' sahaja.
★★★★★★★★★
"Awak tak nak solat? Esok kita nak balik Selangor kan?" Arliana sedang memakai telekungnya. Afif hanya mengeluh.
"Aku nak minta tolong kau"
"Minta tolong apa?"
"Ajar aku solat"
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...