"Are you okay, my son?" Datin Maria cuba memujuk Afif. Afif kelihatan sedikit cengkung berbanding sebelum ini.
"Okay mummy. Just leave me alone" Afif membaringkan tubuhnya menghadap jendela bilik. Datin Maria terus keluar dari bilik Afif, membiarkan Afif melayani perasaan.
Kejadian pagi tadi menyentakkan Afif.
★Flashback★
"Yow bro" seseorang menarik kerusi di hadapannya. Afif hanya memandang dengan perasaan yang tidak puas hati.
"Kau sapa?" Terbantut seleranya dek kerana 'seseorang' itu.
"Aku Adnan, abang ipar kau, remember?" Adnan Qarim memandang wajah Afif yang seperti terpinga-pinga.
"Bro, aku cuma nak jelaskan. Yang gambar kau tengok sebelum ni, gambar aku peluk dengan Lia. She's my sister. Apa salahnya abang nak peluk adik sendiri? Kenapa kau sampai seksa dia?" Adnan Qarim melepaskan nafas.
"KENAPA BAGITAHU SEKARANG?!" Kolar leher Adnan Qarim digenggam Afif.
"Relax dulu, aku pun baru tahu yang kau jealous dengan aku. Mak kau cerita. Manalah aku tahu, yang kau jealous tak tentu pasal and tak nak dengar penjelasan Lia. Inilah padahnya!" Adnan Qarim merengus kegeraman.
"Dah tu, mana aku nak cari Lia? Aku kena tunggu pusaran air tu tarik aku pula ke?" Afif meraup wajahnya.
"I don't know. Pandai-pandai settle lah bro. Cuma, jangan berharap sangat. It's too late" Adnan Qarim lantas ke arah isteri bersama anak-anaknya.
★End Flashback★
"No, aku kena kuat! Aku kena usaha cari dia. Aku tak boleh duduk diam-diam macam ni je" Afif bernekad. Walau apa cara sekalipun, dia akan cuba mencari Arliana.
"Eh, kamu nak pergi mana pula ni?" Datin Maria memandang Afif yang tengah bersiap itu.
"Afif nak pergi kerja. Afif nak siapkan kerja, lepastu petang Afif keluar cari Lia. Boleh kan, mummy?" Afif membetulkan rambutnya.
"Ini barulah Afif anak mummy. Orang yang bersemangat. Mummy doakan Afif dapat jumpa Lia ya?" Datin Maria tersenyum memandang anaknya. Datin Maria terus ke arah ruang tamu
"Ha, kamu ni! Kerja membongkang je!" Datin Maria menarik telinga Athif. Athif yang dibuai mimpi itu terpinga-pinga apabila terasa telinganya ditarik.
"Aduh mummy, sakit!" Datin Maria melepaskan telinga Athif.
"Kamu buat apa? Dah tak ada kerja sangat? Balik dari luar negara, terus lupa nak kena buat apa? Pergi siap, tolong adik kamu kat pejabat tu" Datin Maria bercekak pinggang.
Athif menelan liur. Tak sampai seminit, Athif terus meluru laju ke arah biliknya.
"Athif keluar dulu" tangan Datin Maria disalam sebelum keluar dari rumah tersebut.
"Macam-macam la kembar ni" Datin Maria hanya menggelengkan kepala sebelum masuk ke dalam biliknya.
★★★★★★
Sudah seminggu sejak peristiwa Lia ditarik pusaran air itu. Afif masih tidak menjumpai Arliana. Hatinya berasa agak walang.
Afif mula melangkah ke arah pejabatnya. Amelia yang tersenyum ke arahnya pantas sahaja dibalas dengan senyuman.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...