"Ayra! Jangan main jauh-jauh sayang. Hilang nanti, siapa susah?" Arliana Qailani tersenyum melihat Alayra Qistina yang leka bermain pasir bersama Dara.
Cantik juga istana pasir yang diorang buat! Hehehe.
"Tahniah, esok awak akan pulang Malaysia. Mesti best kan kat sana nanti? Berada di samping keluarga yang tercinta" Darbi juga duduk di sebelah Arliana Qailani.
"Itulah, rasa macam semalam je baru duduk kat pulau ni. Tapi, kalau awak nak pergi Malaysia pun boleh kan? Kat sini pun awak tak buat apa-apa. Kat sana nanti bolehlah awak bekerja" Arliana Qailani tersenyum lebar.
Sepanjang dia berada di pulau ini, dia berasa sangat tenang! Walaupun kadangkala bosan, tapi dia boleh lakukan macam-macam aktiviti di sini.
Contoh? Dia boleh memancing, mengait, memanggang dan membakar. Okay, semuanya pasal makanan! Hehehe yummy yummy!
Dia juga boleh mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran! Itu salah satu perkara yang dia sangat-sangat terharu.
Kalau dekat Malaysia? Siapalah dia nak ajar.... Dia bukannya mahir dalam bidang tersebut. Setakat betulkan bacaan sikit-sikit, mungkin boleh lah.
"Kalau semalam awak baru sampai, hmm lagi 1000 hari pula kena tunggu. Tak penat ke?" Seloroh Darbi. Dia sebenarnya memang mahu menetap di Malaysia. Namun, biarlah masa yang menentukan.
"Hehe" Arliana Qailani memandang anaknya yang sedang leka membuat istana pasir itu.
Darbi juga menoleh ke arah Dara. Dara pun masih bermain dengan Alayra Qistina. Sekejap sahaja, Alayra Qistina kini sudah berusia 2 tahun lebih.
Aman Azumi dan Amin Qamil? 5 tahun dah! Cepat sahaja kanak-kanak itu membesar.
Dara juga sudah berusia 7 tahun. Seronok dia dapat bermain dengan Alayra Qistina. Budak-budak la kan?
Sedang mereka seronok bermain, kedengaran bunyi sesuatu meletup dengan kuat!
BOM!!
Arliana Qailani terkedu. Bunyi apa itu?
"Dara, bawa Ayra ke sini. Cepat!" Darbi menjerit memanggil Dara. Dara dengan pantas mendukung Alayra Qistina ke arah Darbi dan Arliana Qailani.
"Darbi, kenapa ni? Apa dah jadi? Semua okay je kan?" Arliana Qistina jelas kelihatan terkejut mendengar bunyi letupan itu.
"Kita kena lari dari sini sekarang. Lia, bawa Dara dengan Ayra ke pondok kat tengah-tengah. Nanti saya sampai sana. Tolong, cepat!" Darbi terus meninggalkan Arliana Qailani yang terkulat-kulat di situ.
"Apa dah jadi ni?" Arliana Qailani berasa gelisah. Dara dan Alayra Qistina segera dibawanya mengikut arahan Darbi.
★★★★★
"Darbi... Darbi..." Seseorang menepuk-nepuk tangannya setelah ternampak kelibat Darbi dalam pondok yang sentiasa berkunci itu.
"Kau! Apa kau buat kat sini?!" Darbi menoleh memandang ke arah kembarnya, Darba.
Ye, Darba telah menceroboh masuk ke dalam pulaunya! Ia telah melanggar undang-undang pulau!
"Rindu aku tak?" Darba ketawa besar memandang Darbi dengan pandangan tajam.
"Kenapa kau ceroboh masuk pulau aku?" Darbi mengambil telefon lalu menyorokkannya ke belakang.
"Apa dekat belakang kau tu?" Darba tersenyum sinis.
"Asal kau ceroboh masuk pulau?! Kau jangan cuba nak lakukan apa-apa!!" Kesabaran Darbi kian menipis. Digenggam penumbuk dari belakang.
"Woo garangnya!" Darba tidak mengendah amarah Darbi. Dia segera merampas sesuatu pada belakang Darbi.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...