"Due date bila ni?" Afif mengerutkan keningnya. "Semalam, tapi entah lah" Arliana memandang perutnya yang semakin membesar itu.
"Eh kenapa kata macam tu? Boleh pula kata entah lah? Awak tahu tak benda macam ni tak boleh nak main-main. Nanti kalau ada ketumbuhan apa-apa macam mana? Dia ni" Afif berkata senafas. Fuh penat juga.
"Abang, sakit" Arliana memegang lengan Afif dengan kuatnya. "Ha, dengar aku membebel baru nak beranak, dah jom pergi hospital" Afif mencapai kunci lalu dibawa Arliana ke hospital.
"Aduh, harap tak ada apa-apa berlaku" Afif mundar-mandir di hadapan pintu wad kecemasan. Sekali-sekala dia memegang perutnya seolah-olah dia pula nak terberanak.
"Afif! Afif!" Datin Maria datang tergopoh-gapah ke arah Afif. Cucu sulung la katakan. Tu yang tergesa-gesa sangat tu!
"Mummy...daddy mana?" Afif ke arah Datin Maria. "Daddy busy kat office, biarlah dia. Lia dah berapa lama dalam wad tu?" Datin Maria duduk di kerusi yang ada. Cuba mencari nafas setelah terburu-buru ke hospital.
"Oh, nak dekat 2 jam jugalah. Risaulah" Afif menggenggam jari-jemarinya. Datin Maria cuma tersenyum sahaja. "Kamu ni, sabar la sekejap" Datin Maria cuba memberi nasihat.
"Keluarga Puan Arliana?" Doktor baru sahaja keluar dari wad kecemasan. Afif segera ke arah doktor itu.
"Tahniah encik. Comel anak-anak encik" Doktor yang memakai facemask menepuk-nepuk bahu Afif. Afif tercengang seketika.
"Anak-anak?" Afif memandang Datin Maria. Datin Maria tersenyum keriangan. "Kamu dapat anak kembar ni. Alhamdulillah, boleh saya tengok cucu-cucu saya?"
"Boleh puan, puan masuk dalam dulu ye? Tahniah lagi sekali encik. Hero-hero anak encik" Doktor tersebut beredar. Afif terus masuk ke dalam wad.
"Lia.." Afif memegang tangan Arliana. Arliana tersenyum. Peluh di dahinya diseka perlahan. "Sayang jangan banyak gerak, duduk diam-diam" Afif menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ.
"Hai Lia sayang" Datin Maria duduk di sisi bertentangan daripada Afif. "Mummy..." Arliana memejamkan mata buat seketika. "Kamu duduk diam-diam, ikut kata laki kamu tu" Datin Maria mengelap peluh di muka Arliana menggunakan kain.
"Wah baby dah sampai" Datin Maria menyapa dahulu anak-anak Arliana dan Afif. "Korang nak bagi nama anak apa ni? Cute nya!!!" Datin Maria mengacah budak-budak itu.
"Amin Qamil" Arliana yang terbaring di katil hospital memegang katil bayi itu. "Abang bagi nama lagi sorang" Arliana mencapai jari-jemari Afif. "Aman Azumi" Afif menyuakan jarinya ke arah bayi yang didukung Datin Maria.
"Eh, dia gigit" Afif tergelak kecil. Baru lahir pun dah nak gigit-gigit. "Kamu pun bagi dia jari buat apa. Ish, tunggu apa lagi, azan la" Datin Maria menghulurkan Aman Azumi kepada Afif.
"Allahuakbar....Allahuakbar"
★★★★★
"Huh, dah bersalin dah perempuan tak guna tu" Qaisarah melempar gambar Arliana ke lantai. Menyampah dengan muka acah baik Arliana itu.
"Biar je la dia baby. Baby sibuk kenapa?" Amsyar memegang lengan Qaisarah. Qaisarah memandang anak mata Amsyar.
"Okay, listen. Kalau I dapat Afif, kita semua boleh kaya-raya" Qaisarah sudah membayangkan macam-macam. Dia boleh dapat rumah banglo, shopping hari-hari. Bestnya!
"Setakat kaya, abang pun boleh jadikan baby kaya. Tak luak pun duit abang tu" Amsyar menyentuh peha Qaisarah yang gebu itu.
"Ish, you ni. Gatal" Qaisarah menyembunyikan senyum, padahal suka! Dua-dua mereng!!!
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...