"Umi kenapa? Umi nak tinggalkan kitorang ke?" Aman Azumi duduk elok di atas kerusi bersebelahan katil Arliana Qailani.
"Haah, kenapa Umi masuk hospital? Umi tak sayang kami ke? Kami rindu Umi" Amin Qamil menyengetkan kepalanya, memandang wajah pucat lesi Arliana Qailani.
"Jom keluar dulu. Biar Umi rest. Nanti Umi sedar, Aman dengan Amin ajak Umi berborak ye?" Afif memimpin anak-anaknya supaya keluar dari wad Arliana Qailani.
Doktor memberitahu dirinya bahawa Arliana Qailani mengalami proses pemulihan ingatan. Alhamdulillah, dia bersyukur Arliana Qailani sudah dapat mengingat kembali memori-memori lama.
Walaupun mungkin bukan sepenuhnya, siapa tahu kan?
"Aman, Amin. Nak makan apa? Kesian anak-anak Abi ni" Afif masih memegang tangan anak-anaknya.
"Sandwic. Abi jangan lama-lama kat kedai makan ni. Nak tengok Umi cepat-cepat" Amin Qamil menarik tangan Afif supaya pergi kembali ke wad Arliana Qailani.
"Ye, nanti kita pergi lah. Kita makan dulu. Amin tak lapar ke? Umi pun nak berehat, sayang" Afif tersenyum tipis. Amin Qamil nampaknya begitu risau akan ibunya.
Walaupun mereka baru sahaja berjumpa tidak sampai 3 bulan.
"Okaylah" Amin Qamil mengalah. Dia mengambil sandwic sardin di hadapannya lalu disua ke mulut.
'Lia, tolong bangun. Demi anak-anak' Afif hanya berkata di dalam hati.
★★★★★
"Sadaqallahuladzim"
"Bagusnya bacaan awak" Qaisarah mengusap kepala kanak-kanak itu.
"Okay, jangan lupa kelas mengaji kita lepas Isyak nanti. Kalau tak datang, Kak Sarah rotan tangan dia" Qaisarah tersenyum manis ke arah kanak-kanak tersebut.
"Terima kasih, kak Sarah!" Kanak-kanak itu berlari-lari anak menuju ke ibu bapa yang telah menunggu di luar rumah.
Qaisarah hanya melihat kanak-kanak itu bertemu ibu bapanya semula. Alangkah indahnya jika dia juga mendapat belaian ibu bapa.
Ye, Qaisarah masih mempunyai seorang ibu, namun ibunya telah membuang dirinya ketika bapa Qaisarah terlibat dalam kemalangan sewaktu dia masih bersekolah rendah.
"Alhamdulillah, kau dah banyak berubah sekarang. Nanti tolong ajarkan anak buah Kak Pah ni, kecoh betul dia dalam rumah aku. Peninglah haih" Kak Pah terjenguk-jenguk Qaisarah dari ruang hadapan rumahnya.
"Alhamdulillah, terima kasih juga kat Kak Pah. Kak Pah yang banyak menyedarkan saya" Qaisarah tersenyum nipis seraya menundukkan kepalanya sedikit.
"Apalah sangat aku tolong. Aku cuma tolong mana yang mampu aje. Dah lah, cakap dengan kau, tak masak aku lagi. Kesian laki aku lapar nanti" Kak Pah terus masuk ke dalam rumahnya.
Sejuk hatinya ketika ini apabila melihat perubahan yang dialami oleh Qaisarah. Qaisarah kini sudah menutup aurat dengan cukup sempurna.
★★★★★
"Nasib Afif call mama. Kalau tak, sampai bila-bila kami tak tahu Lia ada dalam wad" Puan Qarmila memandang wajah anaknya.
"Lia tak sakit apapun, mama. Dia cuma dalam proses pemulihan ingatan. Mama jangan risau ye?" Afif berkata sambil duduk di kerusi yang terletak di situ.
"Berapa lama dah Lia dekat sini?"
"Baru 2 jam"
"Ya Allah, lamanya"
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...