"Takpe, takpe. Biar korang seronok dulu, lepas ni aku takut korang merana je opss" Qaisarah melihat Instagram kepunyaan Afif. Semuanya mengenai bayi kembar milik pasangan itu.
"Tak boleh jadi. Kena jumpa Fia!" Qaisarah segera menarik beg tangannya untuk keluar dari rumah teres tersebut.
"Haih Sarah, kau nak kemana selekeh-selekeh macam ni? Selalu kemain kau lawa" Perli Kak Pah sambil menyiram pokok-pokok bunganya.
"Kak Pah, sehari tak sakitkan hati saya tak boleh ke?" Memang selekeh pun Qaisarah harini. Dengan rambut tak terurus, pakai baju macam baju tidur, selipar pun sebelah kiri warna pink sebelah kanan warna hijau. Pelik!
"La, sakit hati ke? Maaf lah ye. Kak Pah sengaja buat macam tu" Kak Pah mengelipkan matanya berulang kali.
"Argh!" Qaisarah sudah tidak tahan, dia terus masuk ke dalam kereta.
"Oh my...kasut aku! So weird!!!" Qaisarah terus mencari kasut di tempat duduk belakang. Nasib ada kasut tumit tinggi warna coklat yang dibeli Amsyar.
"Arghh! My hair! So messy!!!" Qaisarah segera mengikat rambutnya supaya kemas. Tidak dilupakan juga mencalit sedikit gincu berwarna merah jambu di bibirnya.
"Now perfect! Boleh keluar" Setelah berjam-jam membelek wajahnya di cermin kereta, akhirnya dia berpuas hati. Dia terus menekan gear untuk memulakan pemanduan.
"Haih, dalam kereta pun boleh bersiap. Pelik 'orang tua' zaman sekarang ni" Kak Pah tergeleng-geleng kepala melihat kereta Qaisarah yang mula bergerak itu.
"So, apa plan kau?" Afiya Qasyrina menyoal. Menyampah pula nak teman nenek tua ni! Afiya menghirup jus epal di hadapannya itu.
"Wait, you sanggup ke? I ada plan gila sikit" Qaisarah mengangkat keningnya. Afiya Qasyrina seperti tertarik akan plan Qaisarah itu.
"Tell me. What plan?" Afiya sudah malas mahu berteka-teki. Sakit pula hatinya apabila ibu sendiri pun sudah menyayangi Arliana!
"Well, macam ni...."
★★★★★★★★★
"Sayang, dah berapa hari pantang ni?" Afif memonyokkan muka. Dah bosan setiap hari kena hadap ibu bapa sendiri ke?
"Lagi 10 hari. Kalau abang rasa tak nak ulang-alik dari pejabat ke rumah mummy, abang balik la rumah. Sayang okay je kat sini" Arliana tersenyum melihat wajah suaminya yang baru pulang dari kerja itu.
"Alaa bukan macam tu, cuma....." Afif tersenyum nakal. Sengaja mahu mengusik Arliana barangkali!
"Ha! Suka la tu buat saya blushing lebih-lebih! Eeee busuk la abang ni!" Arliana menolak tubuh Afif menjauh darinya.
"Sayang! Biar betul?"
"Betul! Busuk!!!"
"Awak pregnant lagi ke?"
"Apa abang merepek ni!" Arliana terus menolak Afif. Afif tersenyum suka. Dia tahu dia baru balik setelah seharian bekerja di pejabat, mana tak busuknya! Makan pun tak terjaga huhu kesian sekali....
★★★★★★★
"Abang macam tak suka la si Arliana tu" Dato' Hasyim yang sedang membaca surat khabar berbicara.
"Kenapa pula abang? Saya tengok dia baik je. Rajin tolong saya kat dapur. Masakan dia pun sedap. Pandai kemas rumah lagi. Pakej tu! Kalau si Qaisarah..." Datin Maria mula membuat muka pelik.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...