"Abang! Jahatnya! Lama tau Lia tunggu abang bangun. Nasib Lia tak beranak lagi" Arliana Qailani mengalirkan air mata, bukan kerana sedih tapi kerana gembira.
Mujurlah Afif hanya tidak sedarkan diri selama 2 minggu. Kalau lebih dari tu, tak tahulah apa yang Arliana Qailani akan buat. Menangis? Meraung?
"Sayang ni, abang baru je sedar. Dah kata kita jahat. Nak tidur baliklah" Afif cuba juga untuk tersenyum, meskipun bibirnya terasa sakit.
"Mengadanya! Baby sapa ni?" Arliana Qailani memegang tangan Afif.
"Baby Lia lah" Afif mahu menggerakkan tangannya, tapi terasa sakit.
"Baby tua!" Arliana Qailani menjelir lidahnya.
"Dah, jangan nak gerak sangat. Abang baru je sedar selepas 2 minggu. Nanti Lia call mummy kejap" Arliana Qailani mengambil telefon pintarnya.
Setelah menelefon Datin Maria selama 10 minit, dia menuju ke katil Afif semula.
"Lamanya call. Cakap apa je dengan mummy?" Afif berasa bosan. Padahal baru je 10 minit dia sedar dari koma!
"Biasalah, mummy kan risau anak dia yang mengada ni! Dia kata jaga abang elok-elok, kalau abang sakit bagitahu doktor, dah sihat nanti tak boleh buat aktiviti luar...." Arliana Qailani pula membebel kepada Afif.
"Aduh, telinga abang rasa sakit lah" Afif menyentuh telinganya.
"Ha? Kenapa pula?" Arliana Qailani juga melihat ke arah telinga Afif.
"Dengar sayang membebel lah. Macam mana ni? Ada rawatan untuk telinga tak?" Afif sebenarnya mahu mengusik Arliana Qailani, suka melihat wajah isterinya menjadi garang!
"Ish, dia ni kan! Mengadanya! Suka main-main tau!" Arliana Qailani menarik telinga Afif.
"Aduh, sayang!" Afif memegang telinganya. Merah betul!
"Kan dah sakit betul-betul telinga tu" Arliana Qailani hanya tertawa.
"Baby dalam perut ni bila nak keluar?" Afif menyentuh perut Arliana Qailani.
"Lagi 2 minggu" Arliana Qailani menjawab.
"Sayang tak akan tinggalkan abang kan?"
"Kenapa abang rasa macam tu?"
"Abang tak tahu, abang rasa lain macam"
"Dah, jangan merepek. Kalau sayang tinggalkan abang. Abang boleh kahwin lain kan?" Arliana Qailani pula mengusik Afif.
"Tak kelakarlah sayang!"
"Eh, dulu dia yang usik kita macam tu"
"Huwaa, tak nak kawan sayang!"
"Siapa kata kita kawan? Kita dah kahwin pun!"
"Ish, tak nak cakap 3 minit!"
"Okay" Arliana Qailani ketawa. Terhibur dengan ayat Afif.
★★★★★
"Sayang, okay tak ni?" Setelah 5 hari keluar daripada hospital, Afif kini lebih berjaga-jaga. Terutamanya tentang keadaan Arliana Qailani.
"Saya okay je. Cuma perut saya ni, sakit" Arliana Qailani memegang perutnya.
"Ish, risaulah. Abang bawa pergi hospital, eh?" Afif duduk di sebelah Arliana Qailani.
YOU ARE READING
Arliana Qailani ✔️
RomanceStatus : COMPLETE! ______________________________________________ Arliana Qailani, seorang gadis malang yang dibuang oleh keluarga sendiri akibat tuduhan tidak berasas. Dirinya bertemu bersama Afif, crush sejak di bangku sekolah. Mereka disatukan ke...